Siakap Keli
pintu pesawat terbuka
Gambar: Tangkap layar video

Cemas, Penumpang Panik Pintu Pesawat Terbuka Semasa Penerbangan

Detik cemas tercetus apabila pintu belakang sebuah kapal terbang terbuka sejurus berlepas dari Magan di wilayah Yakutsk dalam penerbangan di Rusia hari ini, lapor Daily Mail.

Sebuah video daripada penumpang menunjukan pintu pesawat  belakang IrAero Antonov terbentang luas selepas berlepas dari rantau paling sejuk di dunia tersebut.

Dalam video tersebut, topi milik 25 penumpang berterbangan keluar dari pesawat dan hilang ke udara ketika penerbangan dimulakan.

Menurut laporan, kebanyakan bagasi milik penumpang juga bergerak ke pintu pesawat sebelum ia pecah dan berterbangan keluar dari kapal terbang itu.

Kebiasaannya pintu ataupun tirai yang digunakan untuk menutupi kargo dan bagasi telah ditutup daripada penumpang di bahagian belakang pesawat.

Namun, dalam kejadian itu tirai tersebut dilihat terbuka apabila ditiup angin yang kuat.

Ekoran itu, juruterbang melakukan pendaratan kecemasan pantas di Magan dan semua penumpang di pesawat itu dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Walaupun cuaca berada di tahap paling sejuk, tiada kecederaan dilaporkan semasa kejadian berlaku.

“Nasib baik, 25 orang di atas kapal, termasuk anak kapal tidak cedera.

“Tudung yang dipakai oleh beberapa penumpang juga telah terbang disedut angin,” kata laporan itu.

Difahamkan juga, semua penumpang memakai pakaian yang tebal dan kot selepas menaiki kapal kerana ia mendarat di tempat yang sejuk.

Siasatan sedang dijalankan berhubung kejadian mencemaskan itu.

Magan terletak lapan baru dari Yakutsk, bandar paling sejuk di dunia dan ibu kota daerah Yakutsk di Siberia, Rusia.

 

Sumber: Daily Mail

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana