Siakap Keli
MONSTA Usahakan tayangan Mechamato di Jepun
Kredit: @nizamabdrazak | Twitter

MONSTA Usahakan Tayangan Mechamato Di Jepun, Guna Suara Latar Pelakon Sana

Pengarah animasi tempatan, Nizam Abdul Razak sekali lagi berkongsi berita gembira apabila MONSTA dikhabarkan sedang mengusahakan tayangan “Mechamato Movie” di Jepun.

Berita gembira itu telah dimuat naik di laman Twitter miliknya, @nizamabdrazak hari ini.

Menurut Nizam, difahamkan kini mereka sedang merancang platform yang sesuai untuk tayangan tersebut.

“MONSTA sedang berusaha untuk tayangan Mechamoto Movie di Jepun. Kami sedang merancang sama ada tayangan di pawagam ataupun di platform OTT seperti NEtflix, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Dalam masa yang sama, Nizam turut berkongsi para pelakon suara yang bakal mengambil alih watak-watak yang dijangka sama dengan Mechamato Series.

Tambahnya lagi, penyuntingan filem tersebut akan berlainan daripada tayangan asal yang ada di Malaysia pada ketika ini.

“Pelakon-pelakon suara Jepun dijangka sama dengan Mechamato Series. Suntingan Mechamato Movie juga akan berlainan dari tayangan di Malaysia sekarang ini,” maklumnya.

Berikut merupakan pelakon-pelakon yang terdapat dalam senarai awal untuk filem tersebut.

MONSTA usahakan tayangan Mechamato Di Jepun
Kredit: @nizamabdrazak | Twitter

Tidak dilupakan juga, Nizam turut menyeru peminat animasi tempatan untuk mengundi Mechamato Movie yang dikatakan mengungguli Anime Fan Award, Tokyo sempena Anime Award Festival.

Tambahnya lagi, undian tersebut masih dibuka sehingga 3 Februari kelak. Jadi, untuk mengekalkan kedudukan Mechamato, anda perlu melakukan tanggungjawab untuk mengundi sekali gus menyokong tayangan animasi tempatan.

Pada laman Twitter miliknya  juga sudah disertai cara-cara untuk mengundi.

 

Sumber: @nizamabdrazak | Twitter

Florence Nuar