Siakap Keli
Perancangan Wujudkan Mata Wang Bersama Indonesia & Malaysia
Gambar: Bernama

“Tidak Fikir Ke Arah Itu,” Anwar Belum Ada Perancangan Satukan Mata Wang Indonesia & Malaysia

“Tidak Fikir Ke Arah Itu,” Anwar Belum Ada Perancangan Satukan Mata Wang Indonesia & Malaysia

JAKARTA — Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu lawatan ke Indonesia telah menghadiri perbincangan CTCORP Leadership Forum yang diadakan di Menara Bank Mega, Jakarta Isnin lalu.

Dalam forum tersebut, beliau telah diajukan soalan oleh Mantan Ketua Badan Intelijen Negara (AM) Jenderal TNI (Purn), Abdullah Makhmud Hendropriyono berhubung perancangan mewujudkan common currency. 

“Negara pengimport terbesar di dunia ini ialah China, petrodollar nampaknya semakin surut dan petroyuan semakin meluas.

“Apakah ada konsep dari Perdana Menteri untuk menyatukan mata wang Malaysia dan Indonesia bagi berwaspada kerana sampai sekarang kita bergantung kepada dollar Amerika.

“Jika ini perkara ini boleh tergugat, maka kedua-dua mata wang kita akan melemah,” tanya Mantan Ketua Badan Intelijen Negara Indonesia kepada Anwar.

Maklum Abdullah, beliau turut berharap agar urusan import antara Malaysia-Indonesia adalah secara bebas bagi mengukuhkan ekonomi kedua-dua negara.

Sementara itu, Anwar Ibrahim dalam forum tersebut memberikan jawapan bahawa beliau tidak memikirkan hala tuju tersebut sebaliknya menekankan kerjasama erat antara kedua-dua negara.

“Common currency (mata wang bersama) ini memang jauh sedikit. Kalau EU (Kesatuan Eropah) pun ambil masa yang terlalu panjang ke Euro, tapi saya tidak fikir ke arah itu.

“Tetapi kritikalnya adalah kerjasama yang benar-benar erat a comman concerted effort, satu strategi bersama contohnya sektor kelapa sawit.

“Indonesia mempunyai sekitar 98 peratus pengeluaran dan yang kedua adalah Malaysia,” jelasnya.

Tambah Perdana Menteri Malaysia itu, sektor tersebut telah lama diwujudkan pada 2015 namun tidak diperluaskan akibat kelemahan dalam mengambil tindakan.

“Kemudian, tentang carbon credit, renewable energy Indonesia sangat kukuh dan Malaysia juga ada. Jadi kalau kita gabung tenaganya kita boleh berdepan,” jelas Anwar lagi.

Tambahan lagi, Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) sekarang agak sedikit muram, maklum Anwar.

Terdahulu, Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan pertamanya ke Indonesia selama dua hari.

Dalam lawatan tersebut, beliau sempat mengadakan pertemuan bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo bagi membincangkan beberapa agenda penting ke arah mempertingkatkan hubungan dua hala.

Sumber: Twitter Anwar Ibrahim 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?