Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

18 Orang Dilaporkan Terkorban Dalam Tunjuk Perasaan Di Peru
PERU — Kerajaan Peru dilaporkan mengumumkan perintah berkurung sebagai langkah menyekat demonstrasi yang dilakukan oleh penunjuk perasaan hingga mengakibatkan 18 orang terkorban di wilayah selatan Puno.
Perdana Menteri, Alberto Otarola berkata, perintah berkurung selama tiga hari ini bakal berkuatkuasa bermula jam 8 malam hingga 4 pagi waktu tempatan.
Difahamkan, penunjuk perasaan telah bertindak merompak kedai dan menyerang kenderaan polis di wilayah itu. Kebanyakan yang terkorban tercetus akibat cuba menyerbu lapangan terbang di bandar Juliaca yang dikawal oleh pasukan keselamatan.
Tambahan lagi, kerajaan cuba mempertahankan kawalan lapangan terbang oleh pasukan keselamatan yang mendakwa cubaan rampasan kuasa tersebut telah dirancang oleh ribuan penunjuk perasaan.
Seorang pegawai di Hospital Juliaca berkata, seramai 14 orang dilaporkan terbunuh manakala sebahagian yang lain cedera akibat ditembak.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tiga lagi yang terkorban dijumpai di sebuah pusat membeli belah dan mangsa terakhir ditemui oleh seorang pengawai polis di dalam sebuah kenderaan terbakar.
Bagaimanapun, jurucakap Pejabat Hak Asasi Manusia PBB, Marta Hurtado menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan segara berhubung isu tersebut secara tanggungjawab dan adil kepada mangsa yang terkorban.
“Kami bimbang terhadap protes yang semakin meningkat. Kami menggesa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan untuk mengambil langkah segera bagi memastikan penghormatan terhadap hak asasi manusia termasuk hak untuk bersuara secara aman,” katanya.
Protes itu difahamkan bermula selepas Pedro Castillo didakwa terlibat dengan beberapa kes rasuah dan ditahan selepas cuba untuk membubarkan parlimen melalui dekri.
Ketegangan itu semakin memuncak selama seminggu di bandar Puno dan Juliaca sehingga menyebabkan operasi perniagaan terpaksa ditutup.
Tambahan lagi, pemberontak turut membuat 53 sekatan jalan raya yang berasingan di enam daripada 25 jabatan di negara tersebut.
Untuk makluman, wilayah Puno bersempadan dengan Bolivia dan merupakan rumah kepada orang Asli Aymara namun telah menjadi pusat protes yang diketuai oleh penyokong Pedro Castillo.
Terdahulu, seramai 40 yang telah dilaporkan terbunuh dalam protes Presiden Dina Boluarte selama sebulan selepas mengambil alih tempat Castillo pada 7 Disember lalu.
Sumber: Yahoo via AFP