Siakap Keli
Kredit: Twitter

FIFA Pun Puji, Aksi Ultras Malaysia Chant “Sawadikap..Sawadikap” Untuk Pemain Thailand Jadi Viral

FIFA Pun Puji, Aksi Ultras Malaysia Chant “Sawadikap..Sawadikap” Untuk Pemain Thailand Jadi Viral

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) meluahkan rasa kagum di atas tindakan penyokong Malaysia, yang memberikan sorakan kemenangan ke atas pasukan Thailand, walaupun skuad kebangsaan baru sahaja ditewaskan pasukan tersebut.

Penyokong pasukan bola sepak Malaysia, juga dikenali sebagai ‘Ultras Malaya (UM)’ itu memberikan sorakan “Sawadikap..Sawadikap Thailand” ke atas pasukan Gajah Perang selepas mereka berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala AFF Mitsubishi.

Sorakan tersebut turut disambut baik oleh para pemain Thailand, yang dilihat bertepuk tangan berdasarkan irama dan rentak sorakan sambil senyuman turut terukir pada wajah mereka.

Berdasarkan ciapan FIFA di Twitter, badan pengelola bola sepak dunia itu menggambarkan keindahan sukan tersebut yang tidak diketahui banyak pihak

Dalam kontek ini, ‘keindahan’ tersebut bukanlah hanya dinilai menerusi corak permainan yang ditampilkan kedua-diua pasukan dalam permainan ini.

Namun, ia juga mengambil kira nilai teladan yang dibawa oleh para penyokong sesebuah pasukan seperti memberikan penghormatan kepada penyokong dan pasukan lawan.

“Penyokong Malaysia menunjukkan rasa hormat kepada pemain bola sepak untuk pasukan Thailand, selepas pasukan tersebut mengalahkan Malaysia dalam Piala AFF,” jelas FIFA menerusi ciapannya di Twitter.

Semoga tindakan yang bersifat positif ini dapat diteruskan dan dijadikan sebagai satu budaya yang dapat mengangkat nama Malaysia di mata dunia.

Semalam, hajat Malaysia untuk melangkah ke pusingan akhir tidak kesampaian selepas ditundukkan Thailand 3-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Thammasat semalam.

Kemenangan tersebut telah menamatkan rekod tanpa kemenangan Thailand menentang Malaysia selepas enam perlawanan, sejak 2018.

Thailand merupakan pasukan paling berjaya dalam kempen Piala AFF sejak dianjurkan bermula 1996, dan dinobatkan sebagai juara sebanyak enam kali dalam sembilan edisi akhir sebelum ini.

BACA: “Saya Bertanggungjawab Sepenuhnya, Bukan Salah Pemain” – Pan Gon

Sumber: FIFA via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma