Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Isu Sekatan Udang: Thailand Mula 'Panas', Mahu Lapor Malaysia Ke WTO, ASEAN
Kementerian Perdagangan Thailand dilapor bakal membawa isu sekatan Malaysia terhadap ekpsort lima spesies udang Thailand bermula 1 Jun lalu ke perbincangan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), lapor The Nation.
Ia termasuk langkah melaksanakan 13 pendekatan segera bagi mengalihkan eksport, menyerap 400 tan sebulan serta melindungi industri makanan laut.
Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan, Suphajee Suthumpun pada Sabtu, sebagai sebahagian daripada langkah lebih luas bagi mengurangkan kesan ekonomi.
Langkah ini menandakan peralihan daripada sokongan pasaran domestik jangka pendek kepada tindak balas perdagangan yang lebih meluas bagi melindungi pengeksport dan pengeluar makanan laut Thailand.
Suphajee berkata kerajaan sedang bergerak di beberapa peringkat bagi mengurangkan kesan ekonomi daripada tindakan Malaysia yang berkuat kuasa pada 1 Jun, sambil mencari saluran pasaran jangka pendek dan juga penyelesaian perdagangan jangka panjang.
Tindak balas ini menunjukkan Bangkok menganggap larangan import udang tersebut bukan sahaja sebagai isu pengurusan bekalan domestik, tetapi juga sebagai isu perdagangan dua hala yang boleh menjejaskan keyakinan terhadap rantaian bekalan eksport makanan laut Thailand.
Kementerian Perdagangan Thailand mengarahkan Pejabat Hal Ehwal Komersial di Kuala Lumpur untuk memantau perkembangan dengan teliti, manakala agensi perikanan dan standard makanan negara itu sedang mengadakan rundingan segera dengan pihak berkuasa Malaysia bagi mencari penyelesaian segera.
Suphajee menegaskan Thailand bersedia membawa isu ini ke peringkat antarabangsa melalui saluran WTO dan ASEAN, di samping terus berusaha mencari penyelesaian yang lebih praktikal bersama Malaysia.
Langkah itu diambil susulan kebimbangan bahawa penggantungan oleh Malaysia dilaksanakan secara mengejut.
Pegawai Thailand memaklumkan bahawa notis hanya diterima pada 28 Mei, sebelum larangan berkuat kuasa pada 1 Jun, sekali gus mengehadkan ruang masa untuk penjelasan atau tindakan pembetulan awal oleh pihak Thailand.