Siakap Keli
Kredit: Instagram

Ibu Chef Wan, Meninggal Dunia Pada Usia 92 Tahun

Ibu Chef Wan, Meninggal Dunia Pada Usia 92 Tahun

Ibu kepada chef selebriti terkemuka di Malaysia, Redzuawan bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan telah meninggal dunia sekitar 6.20 pagi di Gleneagle Hospital hari ini.

Berdasarkan hantaran Instagram milik Chef Wan, jenazah arwah yang lebih mesra dikenali sebagai Cik Ani  akan disembahyangkan di Masjid Putra Putrajaya sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Cyber 10, Cyberjaya.

Beliau turut memaklumkan bahawa mereka mengambil keputusan untuk mengebumikan jenazah ibunya di Cyberjaya dan bukan di kampung halaman di Kampung Boyan, adalah kerana untuk mempermudahkan urusan persemadian.

Chef Wan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai atas sokongan dan doa yang dikirimkan buat ibunya selama ini.

“Saya sangat berterima kasih atas segala kata sokongan dan doa kepada ibu saya,” katanya sambil mendoakan semoga roh arwah ibunya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.

Minggu lepas, Cik Ani dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dipercayai berpunca dari kegagalan buah pinggang dan penyakit kanser.

Pada masa yang sama, ibu Chef Wan turut menghidap demensia yang menyebabkan dirinya tidak dapat mengingati sesuatu perkara dengan baik.

Sumber: Chef Wan via Instagram

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma