Tular Miliki Wajah Seiras & Nama Sama, Dua Atlet Jalani Ujian DNA Untuk Buktikan Pertalian Darah
OAKLAND — Dua orang atlet yang dilaporkan memiliki wajah dan nama yang sama telah menimbulkan spekulasi dalam kalangan orang ramai sehingga mereka terpaksa menjalani ujian genetik (DNA).
Difahamkan, Brady Feigl merupakan seorang pemain besbol (pitcher) bercermin mata dengan rambut dan janggut berwarna merah.
Dia bermain untuk kelab gabungan Oakland A manakala seorang lagi individu, juga bernama Brady Feigl bermain di posisi yang sama namun dalam pasukan Double-A Texas Rangers.
Rupa paras yang seiras membuatkan orang ramai percayai bahawa mereka mempunyai pertalian darah.

Oleh itu, mereka telah disarankan untuk membuat ujian DNA dengan harapan dapat merungkai misteri yang membelenggu orang ramai.
Bagaimanapun, hasil ujian DNA mendedahkan sebaliknya walaupun kedua-duanya berasal dari Jerman.

Tambahan lagi, perkara ini bukanlah kali pertama dilaporkan berlaku.
Terdahulu, terdapat sepasang kembar seiras bernama “Jim” telah dipisahkan sewaktu lahir dengan salah seorang dijadikan anak angkat sebelum mengetahui perkara sebenar selepas menginjak dewasa.
Perkara itu diketahui selepas mereka menyedari mempunyai minat yang sama lebih-lebih lagi anak sulung juga diberikan nama yang sama. Bukan sahaja itu, kembar itu juga mempunyai minat yang sama dalam memilih jenis bir dan rokok.
Sumber: UNILAD