Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pemandu Lori Tertua Britain Gembira, Dapat Kelulusan Untuk Teruskan Kerjaya

Syed Faisal Sayed Muhammad
Kredit BBC News

Pemandu Lori Tertua Britain Gembira, Dapat Kelulusan Untuk Teruskan Kerjaya

Pemandu lori tertua Britain yang masih bekerja selama 12 jam sehari pada usia 90 tahun dilaporkan telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa kesihatan Britain untuk terus bekerja selama setahun lagi.

Menurut laporan The Telegraph, lelaki yang bernama Brian Wilson itu mula memandu trak perisai di Jerman semasa perkhidmatan kebangsaannya pada tahun 1950.

Apabila dia kembali ke UK, dia memulakan kerjaya sebagai pemandu lori yang menghantar petrol untuk syarikat minyak Esso pada tahun 1953, sebelum akhirnya mengambil alih syarikat pengangkutan milik bapanya.

Selepas 70 tahun, bapa kepada empat anak itu masih bangun pada pukul 4 pagi untuk syif selama 12 jam menghantar barangan ke pelbagai tempat di sekitar UK seperti Rochdale, Birmingham dan Newcastle.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Wilson memerlukan laporan pemeriksaan kesihatan penuh daripada doktornya setiap tahun bagi mendapatkan kebenaran untuk memandu di jalan raya. Selepas lulus penilaian tahunannya tahun ini, dia berasa sangat gembira kerana dapat meneruskan kerjayanya.

“Jika saya rasa cukup sihat, maka saya akan meneruskannya walaupun usia saya semakin meningkat. Saya perlu pergi pada setiap tahun dan saya gembira kerana saya lulus.”kata Wilson.

Selepas bekerja untuk Esso, Wilson mula memandu untuk syarikat pengangkutan bapanya yang bernama E. Wilson & Sons.

Dia akhirnya mengambil alih firma itu apabila bapanya meninggal dunia pada tahun 1970-an dan telah menjalankannya sejak itu lagi.

Walaupun telah memandu selama lebih 70 tahun, Wilson sedang mempertimbangkan untuk bersara pada tahun depan dan merancang untuk pergi ke Thailand bersama isterinya Mavis, 89, yang ditemuinya ketika berusia 15 tahun di tapak pesta.

Kredit BBC News

“Saya mungkin bersara tahun depan tetapi saya tidak tahu kerana semuanya bergantung kepada keadaan isteri saya, kerana dia akan berusia 90 tahun.

“Tetapi apabila bersara nanti, saya mahu ke Thailand selama beberapa bulan kerana salah seorang anak saya tinggal di Thailand. Dia mempunyai perniagaannya sendiri di sana dan telah berada di sana kira-kira 15 tahun,” kata Wilson lagi.

Pasangan itu telah berkahwin enam tahun selepas pertemuan mereka buat pertama kalinya. Wilson berkata, isterinya yang bersara setahun lalu telah menggalakkannya untuk terus bekerja.

Wilson tidak pernah mengalami kemalangan sepanjang dekad pemanduannya, dan paling lama dia pernah mengambil cuti kerja ialah selama tujuh minggu sewaktu dia patah kaki pada usia 40 tahun. Dia akan berusia 91 tahun pada bulan Mac ini.

Sumber: The Telegraph