Siakap Keli
Kredit: Twisted

Lelaki Buat Untung, Borong 200 Land Rover Defender 2015, Kini Sebuah Bernilai Hampir RM 1.16 Juta

Beli 200 Land Rovers Defenders 8 Tahun Lepas, Kini Dijual Semula Sehingga Jadi Jutawan

Seorang lelaki yang membeli lebih dari 200 buah Land Rover Defenders beberapa tahun lepas kini bakal meraih keuntungan berganda apabila ada pihak yang sanggup membayar hingga ratusan ribu pound hanya untuk memiliki salah sebuah daripada Land Rover tersebut.

Pemilik koleksi berkenaan, Charles Fawcett merupakan pengasas dan pemilik Twisted, sebuah syarikat British yang menjual Land Rover Defenders yang diubah suai kepada pelanggannya.

Beliau membeli kenderaan jenis pacuan empat roda tersebut dalam kuantiti yang banyak selepas produksi model berkenaan ditamatkan pada 2015. Kini terdapat pembeli yang dilaporkan sanggup membayar hampir £220,000 (RM 1.16 juta) bagi memiliki salah sebuah koleksi tersebut.

Lebih menarik, semua 200 Land Rover Defenders yang dimilikinya memiliki jarak perbatuan kurang daripada 30 batu, menjadikan ia seolah-olah kenderaan yang baru sahaja keluar dari kilang.

Setakat ini, Charles sudah pun mengubah suai sebanyak 16 buah kenderaan tersebut yang sedia untuk dijual pada bila-bila masa. Kesemua 16 buah kenderaan yang sudah diubahsuai itu tersebut merupakan varian XS Spec, iaitu varian paling tinggi Land Rover Defenders.

Kredit: Twisted

Menurut Charles lagi, dia berhubung secara langsung dengan individu-individu penting di bahagai pengeluaran Land Rover ketika mahu mendapatkan varian tertinggi itu.

”Untuk 16 buah kenderaan ini, semua nombor chasis dan tarikh pemasangan adalah dipilih sendiri. Kesemuanya didaftarkan pada 2016, iaitu setahun selepas produksi ditamatkan sekaligus ia dikenali sebagai model barisan akhir.

”Jadi, 16 buah yang saya miliki ini adalah model yang paling dicari oleh para peminat Land Rover Defenders. Ia sangat istimewa, dipanggil One of One,” kata Charles.

Untuk rekod, kenderaan ini dijual pada harga RM 185,574 untuk pasaran United Kingdom ketika ia diproduksikan pada 2015.

Kredit: Twisted

BACA: Siap Ada “Shower”, Wanita Habiskan RM265,000 Ubah Suai Land Rover Jadi Rumah Mewah

Sumber: LAD Bible

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma