Siakap Keli
Ubah Suai Land Rover Jadi Rumah Mewah
Gambar: The Sun UK

Siap Ada “Shower”, Wanita Habiskan RM265,000 Ubah Suai Land Rover Jadi Rumah Mewah

Siap Ada “Shower”, Wanita Habiskan RM265,000 Ubah Suai Land Rover Jadi Rumah Mewah

Seorang wanita nekad mengubah suai kenderaan pacuan empat roda 4×4 jenis Land Rover Defencer miliknya menjadi rumah bergerak yang mewah untuk mengembara ke seluruh dunia.

Memetik The Sun UK, pengubahsuaian kenderaan itu dikatakan menelan belanja sebanyak 50,000 paun (RM265,000) dan kini wanita tersebut merancang untuk mengembara ke seluruh dunia dengan menaiki kenderaan itu.

Bekas mekanik, Katrina Smith, 55, telah memastikan kenderaannya mempunyai semua kelengkapan supaya dia bersedia memulakan pengembaraan sekali seumur hidupnya merentasi Afrika bulan hadapan.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Gambar: The Sun UK

Dinamakan sebagai ‘The Beast‘, Land Rover Defencer miliknya itu sesuai untuk didiami selepas tujuh bulan melakukan proses pengubahsuaian, lapor The Sun UK.

Menurut Katrina, kenderaannya itu adalah satu-satunya yang mempunyai pancuran mandian air panas dan sejuk, ruang dapur yang dilengkapi dengan dapur gas, peti sejuk beku dan beberapa ruang simpanan.

Katrina turut memasang khemah sementara pada bumbung kenderaan tersebut di mana ia menempatkan sebuah katil, manakala katil kedua ditempatkan di tempat duduk hadapan.

Gambar: The Sun UK

Memetik The Sun UK lagi, Katrina juga memasang stereng yang boleh boleh ditanggalkan supaya mempunyai lebih banyak ruang, ini bertujuan untuk mengelakkan daripada kenderaan tersebut daripada dicuri.

“Ia adalah kenderaan yang cukup bagus. Pada awalnya, saya membelanjakan sekitar 30,000 paun (160,000). Saya mencipta semuanya sendiri dan meletakkan pancuran di dalamnya yang tidak pernah dilakukan sebelum ini,” kata Katrina.

Gambar: The Sun UK

Katrina akan mengembara ke Afrika merentasi Mesir, Sudan, Ethiopia, Cape Town dan Maghribi.

Sebelum ini, Katrina bekerja sebagai seorang guru dan sukarelawan di Little Angels Orphage di Uganda.

Pada 11 tahun lalu, Katrina juga pernah mengembara ke Timbuktu dengan menaiki basikal sejauh 12,000 batu bersama seorang rakannya merentasi selatan Sepanyol dan Maghribi, Gurun Sahara, Senegal dan Mali.

Sumber: The Sun UK

Noorliyana Ishak