Siakap Keli
Pelancong Masuk Ke Thailand Kena Bayar Yuran RM 39
Kredit: Bernama

Setiap Pelancong Masuk Ke Thailand Kena Bayar Yuran RM 39 Bermula Jun Ini

Setiap Pelancong Masuk Ke Thailand Kena Bayar Yuran RM 39 Bermula Jun Ini

Menteri Perlancongan dan Sukan, Phiphat Ratchakitprakarn berkata, pihak berkuasa Thailand akan mula mengutip yuran  kemasukan sebanyak 300 baht (RM39.46) daripada pelancong asing yang tiba di negara tersebut bermula awal Jun ini.

Katanya lagi, caj yang dikenakan itu bertujuan untuk menyediakan bantuan kepada para pelancong asing sekiranya terlibat dalam kemalangan ketika berada di negara itu selain akan disalurkan kepada projek-projek pembangunan kawasan pelancongan di Thailand.

“Caj tersebut bagaimanapun tidak akan dikenakan kepada pelancong yang tiba di negara ini bersama permit berkerja dan pemilik pas sempadan,” kata Phiphat.

Cadangan untuk mengenakan yuran pelancongan ini pertama kali disuarakan pada tahun lepas, namun pelaksanaannya bergantung kepada keputusan kabinet.

Aktiviti pelancongan adalah sektor penting dan antara penyumbang utama pendapatan kepada negara yang memiliki saiz ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu. Sebelum pandemik, sektor berkenaan menyumbang kira-kira 12 peratus kepada Hasil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Thailand.

Untuk 2023, kerajaan Thailand menjangkakan pelancong-pelancong asing akan membelanjakan sekitar 2.5 trilion Baht secara keseluruhan. Thailand dijangka akan menerima kehadiran kira-kira 25 juta pelancong pada tahun ini, berbanding 11.8 juta yang direkodkan pada tahun lepas.

Pada 2019, negara itu mencatatkan kehadiran kira-kira 40 juta pelancong, termasuk 11 juta pelancong dari China.

BACA: Bawa Myvi Sendiri, Wanita Kongsi “Roadtrip” Keluarga 6H5M Ke Hatyai & Krabi, Modal Tak Sampai RM 3k

Sumber: Bangkok Post

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma