Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Kuat Gegar Utara Sumatera, Netizen Dakwa Terasa Sampai Ke Puchong

Nurhanis
gempa bumi kuat utara sumatera indonesia
Kredit: MetMalaysia

Satu kejadian gempa bumi kuat dilapor melanda kawasan Utara Sumatera Indonesia kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa berkenaan berlaku pada kekuatan 6.3 magnitud, di kedudukan 64 kilometer (km) Utara dari Nias, Indonesia dengan kedalaman 60km.

Bagaimanapun, MetMalaysia mengatakan gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu meninjau di ruangan Facebook, rata-rata orang ramai yang berada di kawasan Puchong dan Cheras turut merasakan gegaran tersebut.

Rusni Amat di laman Facebooknya, memaklumkan mengenai kejadian itu selepas 33 minit gempa itu berlaku.

Ujarnya, dia memuat naik aplikasi LastQuake kerana ingin mengetahui kejadian gempa yang berlaku sekitar perairan Malaysia dan negara di sekitarnya.

Menerusi aplikasi itu, orang ramai mengemas kini mengenai kejadian di kawasan perumahannya.

Dalam pada itu, Riani Juni Putri dari Aceh, Indonesia turut memaklumkan mengenai kejadian yang sama.

“Huyung juga sikit, sempat keluar rumah,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.

Sumber: MetMalaysia via Twitter