Tenang dan bersemangat, pelakon Puteri Sarah Liyana tiba di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur untuk memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Syamsul Yusof pada pagi ini, lapor Awani.
Berpakaian serba hitam, Puteri Sarah kelihatan tenang apabila tiba di perkarangan mahkamah ditemani dua adiknya.
Ketika ditanya mengenai perasaannya, Puteri Sarah berkata dia bersemangat dan tenang selepas bangun dari tidur.
Menjengah di laman Instagram miliknya, dia lewat pulang ke rumah disebabkan penggambaraan, namun masih hadir di mahkamah.
Sebelum ini, media melaporkan Syamsul yang juga pengarah tanah air membuat pengakuan sudah bernikah untuk kali kedua melalui laman Instagramnya.
Susulan itu, kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sering menjadi topik perbualan orang ramai di media sosial.
Puteri Sarah dan Syamsul dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam dan Summayah dan telah mendirikan rumah tangga sejak lapan tahun lalu.
Sumber: Awani