Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tenang Dan Bersemangat, Puteri Sarah Tiba Di Mahkamah Fail Penceraian

Nurhanis
puteri sarah fail penceraian
Kredit: Awani

Tenang dan bersemangat, pelakon Puteri Sarah Liyana tiba di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur untuk memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Syamsul Yusof pada pagi ini, lapor Awani.

Berpakaian serba hitam, Puteri Sarah kelihatan tenang apabila tiba di perkarangan mahkamah ditemani dua adiknya.

Ketika ditanya mengenai perasaannya, Puteri Sarah berkata dia bersemangat dan tenang selepas bangun dari tidur.

Menjengah di laman Instagram miliknya, dia lewat pulang ke rumah disebabkan penggambaraan, namun masih hadir di mahkamah.

Sebelum ini, media melaporkan Syamsul yang juga pengarah tanah air membuat pengakuan sudah bernikah untuk kali kedua melalui laman Instagramnya.

Susulan itu, kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sering menjadi topik perbualan orang ramai di media sosial.

Puteri Sarah dan Syamsul dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam dan Summayah dan telah mendirikan rumah tangga sejak lapan tahun lalu.

Sumber: Awani

BACA: ‘Syamsul, Lepaskan Saya’ – Puteri Sarah