Siakap Keli
Kredit: TikTok

“Eh, Tu Nama Ayah Saya”, Bakal Mentua “Nervous”, Tersasul Sebut Nama Besan Masa Nikahkan Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Eh, Tu Nama Ayah Saya”, Bakal Mentua “Nervous”, Tersasul Sebut Nama Besan Masa Nikahkan Anak

Bagi setiap lelaki, biasanya ada dua peristiwa yang paling mendebarkan dalam hidupnya. Pertama, ketika berkhatan dan yang kedua adalah ketika akad nikah.

Antara punca perasaan gemuruh dan mendebarkan ini datang adalah kerana kedua-duanya sering dikaitkan dengan peralihan fasa hidupnya. Berkhatan menandakan seseorang itu bakal beralih ke alam dewasa dan bernikah pula sebagai perakuan diri sanggup menjadi pemimpin kepada seorang wanita dan ketua kepada keluarga yang bakal dibina.

Jadi tak hairanlah, rasa ‘cuak’ ini bisa membuatkan lelaki menangis ketika menunggu giliran berkhatan di klinik atau tersasul ketika melafazkan akad nikah. Di hari pernikahan, kesilapan yang sering berlaku adalah seperti terlupa nama bakal isteri, tersasul atau tersilap jumlah wang mahar yang hendak diberikan kepada pasangan.

Namun kali ini, kesnya agak berbeza. Perasaan cuak bukan hanya menguasai diri pengantin sahaja. Dalam sebuah video yang dikongsi oleh pengguna TikTok, ApexPetai_95, menunjukkan bapa mentuanya, merangkap wali yang melafazkan akad nikah telah tersasul antara nama pengantin lelaki dengan nama bakal besannya.

Kesilapan ini serta merta dibetulkan oleh pengantin lelaki, “Eh eh tu nama ayah saya,” dengan nada yang lembut.

Setelah membetulkan keadaan tersebut, seisi majlis ketawa kerana terhibur dengan apa yang berlaku.

Sungguhpun begitu, tindakan pengantin lelaki ini dipuji oleh pihak majlis kerana kepantasan dalam menyedari kesilapan yang berlaku ketika lafaz akad tersebut.

“Bagus pengantin ni, (kalau awak lambat sedar) kang ayah awak yang nikah,” kata bakan bapa mentuanya dalam video yang berdurasi 26 saat tersebut.

Kejadian ini membuktikan, bukan setakat pengantin lelaki sahaja yang merasa gementar, malah perasaan yang sama juga turut dirasai para wali yang akan menikahkan anak masing-masing.

Bagaimanapun kata orang, keadaan ini sebenarnya dapat mengurangkan suasana tegang dan gemuruh yang ditanggung oleh bakal pengantin dan ahli keluarganya.

Mungkin juga, peristiwa lucu ini akan menjadi satu memori yang tidak dapat dilupakan dan modal bila nak borak di hari pertama tingga bersama keluarga pasangan.

@apexpetai95

Alhamdulillah 🤲🏻 semuanya berjalan dgn lancar❤️🤭 #akadnikah #nikahmuda #fypnikahmuda

♬ Laxed – Jawsh 685

BACA: Ada ‘Kembar’ Dua & Tiga, Rupanya Ini Beza Jenis Beg Derma Darah Yang Ramai Tak Pernah Tahu

 

Sumber: @ApexPetai_95 via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.