Siakap Keli
masyarakat cina ada dua nama
Gambar: Tangkap layar video tular

“Saya Tengok Pun Letih, Sebab Itu…” Wanita Ini Jelaskan Kenapa Bangsa Cina Ada Dua Nama

Walaupun Malaysia mempunyai pelbagai kaum, tetapi tidak ramai yang betul-betul berpengetahuan dan mendalami mengenai budaya lain.

Tetapi perkara sedemikian tidak perlu dirisaukan kerana pada era berteknologi tinggi ini, media sosial akan sering membantu daripada segi memantapkan pengetahuan mengenai dunia selain budaya kaum.

Umum mengetahui setiap orang dilahirkan dengan mempunyai satu nama, tetapi terdapat juga masyarakat yang memberikan anaknya dua nama, satu untuk nama asal dan satu lagi untuk nama panggilan.

Kebiasaannya mesti perasan bahawa bangsa Cina kadang-kala mempunyai dua nama, satu untuk nama asalnya dan satu lagi dalam bahasa Inggeris, hingga membuatkan masyarakat lain tertanya-tanya khususnya Melayu.

Bagi merungkai segala persoalan, seorang pengguna tiktok @lowsokying menerangkan segala tanda tanya mengenai pemberian dua nama dalam masyarakat Cina.

Pada awalnya, wanita berbangsa Cina itu menguji para penonton dengan menanyakan soalan yang mudah berkenaan dengan namanya.

Sekiranya menonton video tersebut semestinya penonton akan terus memanggilnya dengan panggilan ‘Amoi’ oleh kerana dia merupakan bangsa Cina.

Katanya, jika ada yang memanggil atau tulis namanya mesti penulis tersebut mempunyai kesalahan dalam ejaan.

Mudah untuk diingati

Ujar @lowsokying, masyarakat Cina mempunyai nama dalam bahasa Inggeris kerana ia memudahkan bangsa lain untuk mengingatinya oleh kerana nama mereka susah untuk disebut.

“Ia senang untuk dipanggilkan lah…senang untuk orang ingat juga. Contohnya kalau ada satu budak nama dia Tan Kim Hok, sudah tentu kamu semua susah nak ingat nama dia.

“Tetapi kalau ada nama dalam Inggeris, sebagai contoh Rocket. Wah terus kamu semua mesti boleh ingat,” katanya dalam video itu sambil memegang durian si raja buah.

Dalam pada itu, @lowsokying turut menjelaskan bahawa sesetengah masyarakat Cina yang mempunyai nama dalam bahasa Inggeris adalah sebab mereka beragama Kristian.

“Jadi mungkin masa mereka lahir, ibu bapa mereka sudah bagi nama itu.

“Kalau tengok mereka punya kad pengenalan, memang sudah ada nama dalam bahasa Inggeris baru dia punya surname dan diikuti dengan namanya,” tambahnya lagi.

Dengan penjelasan yang diberi, maka sudah terang bahawa nama Inggeris itu adalah untuk menyenangkan bangsa lain mengingati nama mereka.

@lowsokying

Replying to @ladyroyal99 Saya dan Puiyi saja yang tak ada nama English.

♬ original sound – Low Sok Ying – Low Sok Ying

Sumber: @lowsokying via Tiktok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana