(Video) Gelagat Kanak-Kanak Yang Kelakar, Tiru Aksi Ibu Semasa Dodoikan Adik Dalam Buaian
Sebagai ibu bapa, anda sudah tentu pernah mendengar pesanan bahawa apa yang lakukan di depan anak-anak, mungkin akan dipelajari dan diikuti mereka kelak. Cara kita bercakap, bahasa yang kita guna dan perbuatan yang kita tunjuk, lambat laun akan ditangkap oleh anak-anak dan ditontonkan kepada kita pula.
Ada kalanya, aksi ibu bapa yang ditiru amat menggelikan hati dan mampu mengundang hilai tawa. Apatah lagi jika keletah-keletah berkenaan biasanya hanya dilakukan oleh orang dewasa sahaja.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok, Rabiatul Adawiyah (@rabiatulazhr_) berkongsi satu video yang menunjukkan gelagat anaknya yang amat mencuit hati dan pantas mencuri perhatian netizen.
Dala video berkenaan, anak lelakinya dilihat sedang mendodoikan si adik yang sedang tidur di dalam buaian. Sekali imbas, tiada apa yang menarik pun berlaku. Namun jika diperhatikan dengan teliti, si abang ketika itu dilihat sedang menggayakan perbuatan seseorang yang sedang menatal skrin telefon bimbit sambil melakukan tugas lain.
Perbuatan itu dipercayai kerana si abang sering melihat tindakan ibunya yang selalu menggunakan telefon bimbit ketika menjaga atau mendodoikan si adik di dalam buaian.
“Cara-cara ibu menjaga anak, dia ‘tiru’ mama dia,” kata Rabiatul Adawinya dalam kapsyen yang turut disertakan dengan emoji ketawa.
Keletah bersahaja si abang itu ternyata menghiburkan kerana hampir pasti perbuatan tersebut sangat semula jadi dan ditirunya berdasarkan pengamatan terhadap keadaan sekeliling yang dilihatnya setiap hari.
@rabiatulazhr_ cara² ibu menjga anak 😂 dia nganjing kuat ya mama dia 😂😂😂#fyppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #pandaiabangjagaadik
Video gelagat anaknya telah meraih perhatian warganet apabila ditonton lebih 361.1k kali, memperoleh lebih 27.9k tanda suka serta lebih 1,00o komen ditinggalkan.
Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, netizen rata-rata mengakui terhibur dengan tingkah laku ditunjukkan oleh anak Rabiatul Adawiyah.
Selain itu ada juga yang berpendapat bahawa anak-anak mudah ‘menangkap’ apa yang sering dilakukan oleh orang dewasa, khususnya orang ibu bapa kerana kekerapan kehadirannya kedua-dua insan ini di dalam hidup mereka setiap hari.

Bukan itu sahaja, gelagat anak comel ini juga memberikan ‘keinsafan’ kepada para warganet yang rata-ratanya sering menggunakan telefon pintar dalam kadar kekerapan yang tinggi.

Untuk memenuhi permintaan salah seorang warganet di ruangan komen, Rabiatul telah membuat versi baharu itu video tersebut, dengan meletakkan audin yang lucu dan menjadikan viedo tersebut lebih kelakar berbanding versi asalnya.
@rabiatulazhr_ Replying to @shu_wardrobe kena pulak sound ni 😂#pandaiabangjagaadik #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppp
BACA: Lucu, Budak Menangis Tak Mahu Wajahnya Mirip Dengan Muka Ayah, Takut Tak Cantik
Sumber: TikTok