Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pengguna jalan raya boleh menikmati perjalanan di lebuh raya tanpa bayaran tol pada 20 dan 21 Januari ini bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media yang berlangsung sebentar tadi.
Katanya, perkara tersebut dibuat setelah membuat perbincangan bersama syarikat konsesi lebuh raya bertol di bawah kendalian Prolintas dan Kumpulan IJM Corporation Bhd.
“Pertama berita baik, menteri kerja raya dan menteri pengangkutan telah mengambil inisiatif berbincang dengan syarikat-syarikat konsesi dan bersetuju supaya di tiadakan tol bagi 20 dan 21 Januari.
“Bagi tujuan memudahkan, kerana ramai yang akan pulang ke kampung. Bukan sahaja masyarakat Cina, tetapi Melayu dan semua yang lain akan bersama-sama (pulang),” katanya.
Anwar turut menasihatkan kepada pengguna jalan raya agar menjaga keselamatan jalan raya dengan mematuhi peraturan agar jumlah kemalangan dapat dikurangkan semasa perayaan.
Manfaat tol percuma seperti ini bukanlah kali pertama yang berlaku dalam negara.
Imbas kembali ketika pentadbiran perdana menteri terdahulu, Datuk Seri ismail Sabri, beliau pernah memberikan tol percuma bersempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November tahun lepas.
Media terdahulu melaporkan, Ismail Sabri memaklumkan 30 konsesi lebuh raya bersetuju memberi tol percuma pada 18 dan 19 November kepada pengguna.
Ini bagi memudahkan urusan rakyat bagi membuat pengundian pada Sabtu ini.
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan mengenai tarikh pembayaran gaji penjawat awam bagi November 2022 yang diawalkan pada 17 November.
Dalam masa sama, golongan pesara turut akan menerima bayaran pencen pada 14 November (tahun lepas).
Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan cuti pada 18 dan 19 November, bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sumber: Siaran langsung sidang media PM / Bernama