Siakap Keli
Malaysia Pernah Duduki Tempat Ke-4 Piala Dunia Hoki
Gambar: Malaysian Hockey Confederation (MHC)

Megah Di Persada Antarabangsa, Mungkin Ramai Tak Tahu Malaysia Pernah Duduki Tempat Ke-4 Piala Dunia Hoki

Megah Di Persada Antarabangsa, Mungkin Ramai Tak Tahu Malaysia Pernah Duduki Tempat Ke-4 Piala Dunia Hoki

Selain sukan bola sepak dan Badminton, hoki juga menjadi salah satu sukan kegemaran dalam kalangan rakyat Malaysia sejak sekian lama.

Menurut Persatuan Hoki Antarabangsa (FIH), Malaysia juga merupakan salah satu kuasa besar hoki dunia dan kini berada pada kedudukan ke-10 dunia.

Seperti yang diketahui, ketika ini Kejohanan Piala Dunia Hoki FIH Lelaki 2023 sedang berlangsung di India yang bergelar tuan rumah pada edisi ke-15 tahun ini.

Dalam kejohanan berprestij ini menyaksikan Malaysia telah diundi dalam kumpulan C bersama tiga pasukan lain seperti Belanda, New Zealand dan Chile.

Sebentar tadi, The Speedy Tiger berjaya mengejutkan pasukan New Zealand yang berada di kedudukan ke-9 dunia dengan keputusan 3-2 di Stadium Kalinga di Bhubaneswar, India.

Kemenangan berharga itu membolehkan Malaysia kini berada di kedudukan kedua dalam Kumpulan C selepas mengumpul enam mata selepas tiga perlawanan yang dimainkan.

Malaysia dijangka bertemu antara pasukan England, India atau Sepanyol dari Kumpulan D pada peringkat ‘cross-overs’ bagi mengintai slot ke suku akhir.

Ini membuktikan bahawa Malaysia mampu mara ke peringkat seterusnya bahkan boleh mencipta sejarah baharu dalam arena sukan hoki tanah air.

Tahukah anda, Malaysia pernah beberapa kali melayakkan diri dalam kejohanan Piala Dunia Hoki FIH Lelaki. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian menarik di bawah.

Sejarah Skuad Hoki Kebangsaan Dalam Piala Dunia Hoki FIH Lelaki

Malaysia Pernah Duduki Tempat Ke-4 Piala Dunia Hoki
Gambar: Malaysian Hockey Confederation

Piala Dunia Hoki FIH Lelaki telah dianjurkan buat kali pertama pada tahun 1971. Sehingga tahun 2023, kejohanan ini telah dianjurkan sebanyak 15 edisi.

Sepanjang penganjuran, Pakistan muncul sebagai pasukan terbanyak memenangi kejuaraan dengan 4 kali pada (1971, 1978, 1981 dan 1994),  diikuti Australia dan Belanda masing-masing pada (1986, 2010, 2014), (1973, 1990, 1998) manakala Jerman sebanyak dua kali pada (2002 dan 2006) serta India (1975) dan Belgium (2018) masing-masing sebanyak sekali.

Rekod terbaik penglibatan Malaysia yang pernah dicatatkan dalam Piala Dunia Hoki FIH Lelaki adalah pada tahun 1975 dengan mendapat tempat keempat selepas tewas kepada skuad Jerman dengan keputusan 0-4.

Malaysia Pernah Menduduki Tempat Ke-4
Gambar: Persatuan Hoki Antarabangsa (FIH)

Tambahan lagi, Malaysia menjadi tuan rumah di Kuala Lumpur pada ketika itu.

Memetik Astro Awani, legenda hoki negara, Datuk Poon Fook Loke berkata selepas lebih 40 tahun lalu ia merupakan pencapaian terbaik skuad hoki negara hingga ke hari ini.

Tambahnya lagi yang mengimbau detik bersejarah itu, semua rakyat mengetepikan sebarang perbezaan demi menyokong skuad negara di ibu negara pada ketika itu.

Bagaimanapun, selepas daripada pencapaian terbaik yang dilakarkan pada tahun tersebut, prestasi skuad hoki negara mengalami pasang surut.

Pun begitu, Malaysia meletakkan visi dan misi dalam landasan yang betul untuk membawa pasukan negara kembali berada pada tahap tertinggi dalam arena antarabangsa.

Gambar: Persatuan Hoki Antarabangsa (FIH)

Untuk rekod sepanjang kejohanan, Malaysia menduduki tangga ke-11 (1973 dan 1998), tempat ke-4 (1975), tempat ke- 10 (1978, 1982), tempat ke-8 (2002), tempat ke-12 (2014) dan tempat ke-15 (2018).

Berikut adalah kedudukan Malaysia sepanjang penglibatan dalam Piala Dunia Hoki FIH.

Gambar: Persatuan Hoki Antarabangsa (FIH)
Gambar: Persatuan Hoki Antarabangsa (FIH)
Gambar: Persatuan Hoki Antarabangsa (FIH)
Malaysia Pernah Duduki Tempat Ke-4 Piala Dunia Hoki
Gambar: Persatuan Hoki Antarabangsa (FIH)
Gambar: Persatuan Hoki Antarabangsa (FIH)
Malaysia Pernah Duduki Tempat Ke-4 Piala Dunia Hoki
Gambar: Persatuan Hoki Antarabangsa (FIH)
Malaysia Pernah Duduki Tempat Ke-4 Piala Dunia Hoki
Gambar: Persatuan Hoki Antarabangsa (FIH)
Malaysia Pernah Duduki Tempat Ke-4 Piala Dunia Hoki
Gambar: Persatuan Hoki Antarabangsa (FIH)

Diharapkan pada anjuran kali ini, Malaysia dapat kembali mencipta nama di persada dunia sekali lagi. Ayuh The Speedy Tiger!

Sejarah Hoki Malaysia

Sukan Hoki di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1898. Bermula dari itu, ia menjadi sukan popular pada tahun 1920 dan mula diperkenalkan di sekolah-sekolah Inggeris.

Pertandingan liga hoki yang pertama dianjurkan bertempat di Pulau Pinang pada tahun 1925. Sementara itu, Persatuan Hoki Negeri yang pertama ditubuhkan di Negeri Perak pada tahun 1927.

Selepas itu, barulah Majlis Hoki Malaysia mula ditubuhkan pada tahun 1948 untuk menguruskan semua perancangan aktiviti sukan hoki di Malaysia.

Bagaimanapun, majlis tersebut dibubarkan pada 1954 dan diganti dengan Persekutuan Hoki Malaysia.

Dua Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn pernah dilantik menjadi presiden persatuan. Sejak penubuhan persatuan hoki, Malaysia sangat aktif dalam liga domestik mahupun peringkat antarabangsa.

Sumber: Malaysia Hockey Confederation (MHC), Persatuan Hoki Antarabangsa (FIH), Astro Awani

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?