Siakap Keli
Kredit The Thaiger

Petani Untung Lebih RM100k, Jual Air Mani Kerbau Miliknya

Petani Untung Lebih RM100k, Jual Air Mani Kerbau Miliknya

Seorang petani di wilayah Kalasin di Timur Laut Thailand memperoleh 1 juta baht (RM 130,00) sebulan hasil daripada menjual air mani seekor kerbau, lapor laman berita The Thaiger.

Penternak kerbau air di seluruh Thailand difahamkan sanggup membayar harga yang tinggi untuk air mani kerbau bernama ‘Big Billion‘ iaitu seekor kerbau air jantan berharga 30 juta baht (RM3.9 juta).

Penternak menggunakan benih Big Billion untuk mengahwinkan kerbau betina secara manual dengan harapan dapat melahirkan generasi baru kerbau yang cantik dan dijual dengan harga berjuta-juta baht seperti induknya.

Pemilik kerbau berharga itu, Mongkol Mongphet menegaskan walaupun Big Billion menjana banyak pendapatan melalui jualan air maninya, dia sebenarnya adalah haiwan ternakan yang bekerja.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Menurut Mongkol, Big Billion adalah haiwan yang mempunyai banyak bakat yang unik. Ia juga diibaratkan sebagai sebuah traktor tanpa kos. Najis kerbau itu digunakan sebagai baja yang menyuburkan padi dan tanaman tanpa menggunakan bahan kimia yang mahal dan tidak sihat.

Selain itu, kebanyakan kerbau yang diternak di Thailand bukan semata bertujuan untuk pertanian. Kerbau itu juga diternak untuk tujuan kekuatan dan kecantikan lalu dihantar untuk bersaing dalam pertandingan peringkat kebangsaan.

Pemenang akan menjual kerbau mereka di festival kerbau Thailand dengan harga yang mahal berjuta-juta baht.

Mongkol yang juga datuk bandar mukim Kham Bong berkata, keluarganya telah menternak kerbau sejak turun-temurun lagi. Malah sejak lahir dia telah melihat pelbagai akiviti melibatkan kerbau keluarganya.

Katanya lagi, keluarganya menjual kerbau bagi menjana pendapatan untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Selain itu, Mongkol juga telah menjadi saksi kepada peranan kerbau yang semakin berkurangan dalam masyarakat di Thailand. Orang kampung kini lebih suka menggunakan traktor berbanding kerbau. Mereka juga lebih memilih menggunakan baja kimia berbanding baja semula jadi dari najis kerbau.

Mongkol juga berpendapat bahawa dia berasa terhutang budi dengan kerbau ternakannya di atas semua yang mereka telah lakukan untuk keluarganya.

Keluarga Mongkol menternak kerbau kerana haiwan itu mudah diternak, jinak, kuat, penyabar dan tahan penyakit berbanding haiwan ternakan lain seperti lembu.

Mongkol membeli Big Billion pada enam tahun lalu dengan harga 500,000 baht (RM65,000). Secara amnya, kerbau pertandingan dijual pada harga antara 40,000 hingga 50,000 baht.

Sumber: The Thaiger

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka