Siakap Keli

Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2023 Kini Kembali Dengan Festival Yang Lebih Besar & Gempak

KUALA LUMPUR – My Events International dan Absolut Event & Management bakal menganjurkan ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2023 (ABXGR23) buat kali kedua dari 14 – 17 April 2023. Dengan kerjasama Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) sebagai lokasi rasmi, festival jualan raya besar-besaran ini akan diadakan selama 66 jam tanpa henti sempena menyambut kedatangan bulan Syawal.

ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA merupakan festival yang amat dinantikan oleh semua pihak terutamanya para pempamer dan pengunjung. Seramai 1.2 juta pengunjung telah hadir memeriahkan festival ini pada tahun lepas. Tahun ini, seramai lebih 2 juta pengunjung bakal membanjiri ABXGR23 di MITEC. ABXGR23 bukan sahaja diadakan di indoor tetapi juga outdoor dengan Mini Absolut Food Festival yang menyediakan pelbagai makanan lazat untuk pembelian para pengunjung untuk hidangan berbuka puasa dan sahur.

Lebih daripada 500 pempamer akan menyertai dan menawarkan pelbagai promosi dan pilihan menarik bagi pembelian untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. ABXGR23 merupakan pusat sehenti di mana pelbagai interaksi pelanggan dan pempamer dapat dilaksanakan.

Festival ini merupakan inisiatif dengan tujuan untuk memberi inspirasi dan sokongan untuk usahawan tempatan dan pemilik perniagaan kecil. Festival raya tahun ini akan lebih mendalami agama Islam dan menghormati Ramadhan dengan menjemput Ustaz-ustaz tersohor untuk menyampaikan khutbah yang bermakna sebelum berbuka puasa, menghiasi kawasan dewan dengan kata-kata Nabi, menikmati persembahan Nashid sebelum solat terawih Maghrib yang dipimpin oleh seorang Imam, serta bacaan Al-Quran oleh pelajar-pelajar tahfiz. Festival ABXGR23 juga bakal menganjurkan memasak bubur lambuk beramai-ramai dan pengagihan sebagai inisiatif amal, menjadikan festival ini sebagai festival yang amat berharga untuk bulan Ramadhan.

Secara rasminya, Coca-Cola Far East Ltd. akan menyertai ABXGR23 sebagai Rakan Minuman Eksklusif – Blue Diamond So Chantique sebagai Rakan Emas, KKMY Group Sdn Bhd sebagai Rakan Gangsa dan disokong oleh Malaysia Furniture Council. Penyertaan rakan kongsi ini akan membawa festival ini ke peringkat lebih tinggi dan diharapkan penyertaan ini membuahkan hasil bagi kedua-dua belah pihak.

Pelbagai aktviti dan tarikan yang bakal diadakan bagi menarik perhatian pengunjung di antaranya adalah persembahan selebriti, penampilan artis dan pemberi pengaruh terkenal, cabutan bertuah, Happy Hour serta zon rehat keluarga dan kanak-kanak.

Keterlibatan artis terkemuka Malaysia bakal hadir dan memeriahkan festival ini. Antara selebriti yang bakal membuka gerai jualan dan beramah mesra bersama peminat di reruai mereka adalah Aedy Ashraf, Amelia Handerson, Diana Danielle, Rozita Che Wan, Nelydia & Uqasha Senrose, Mira Filzah, Scha Alyahya & Awal Ashaari, Hairul Azrin & Hanis Zalikha, Amyra Rosli, Meerqeen, Anna Jobling, Fauziah Gous dan Shahz Jaszledan serta ramai lagi.

Amira

Love yourself.