Siakap Keli
Warisi Harta Bernilai lebih RM200
Kredit Daily Mail

Gadis Warisi Harta Bernilai lebih RM200 Juta Nekad Lepaskan Kekayaan, Abadikan Diri Dengan Agama

Gadis Warisi Harta Bernilai lebih RM200 Juta Nekad Lepaskan Kekayaan, Abadikan Diri Dengan Agama

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di India yang mewarisi kekayaan daripada sebuah syarikat berlian bernilai jutaan dolar nekad melepaskan kekayaannya untuk menjadi biarawati, lapor Daily Mail.

Kanak-kanak perempuan yang bernama Devanshi Sanghvi merupakan pewaris kepada perniagaan barang kemas Sanghvi and Sons di bandar barat Surat di mana ia dikenali sebagai ‘Kota Berlian’ oleh penduduk setempat kerana kegiatan perdagangan permata globalnya.

Keluarganya yang juga merupakan penganut kepercayaan Jain, satu ajaran agama India yang kecil dan kuno. Agama itu mengajar penganutnya untuk tidak melakukan kekejaman, pengamal makanan vegetarian yang ketat dan berkasih sayang kepada semua makhluk besar mahupun kecil.

Pada minggu ini, Devanshi diraikan dalam upacara selama empat hari untuk melambangkan kerjaya baharunya. Pada satu ketika dia dilihat menaiki gerabak yang ditarik oleh gajah, menurut gambar yang dikongsi media tempatan.

Rabu lalu, Devanshi tiba di sebuah kuil untuk menukar pakaiannya dengan pakaian kapas putih yang ringkas, selepas semua rambutnya dicukur.

Devanshi dikenali dalam kalangan ahli komuniti Jain Surat kerana kesolehannya walaupun baru berusia lapan tahun, menurut seorang saksi di majlis pada Rabu lalu kepada AFP.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Devanshi tidak pernah menonton televisyen, filem atau pergi ke pusat membeli-belah dan restoran,” kata saksi tersebut lalu menambah bahawa gadis itu selalu hadir di upacara kuil.

Kanak-kanak itu adalah antara orang termuda yang mengikuti upacara ‘diksha’ untuk meninggalkan harta benda mereka dan mentaati ajaran Jain.

Menurut laporan media tempatan, ibu bapa Devanshi berkata anak gadisnya itu sangat berminat untuk menjadi biarawati. Penganut Jain dikatakan kadang-kala menggalakkan anak-anak mereka untuk menjadi rahib dan meningkatkan kedudukan sosial saudara-mara mereka.

Perniagaan berlian keluarga Devanshi telah diasaskan pada 1981 lagi dan mempunyai nilai bersih sebanyak USD 61 juta (RM 262 juta) menurut ICRA, sebuah agensi penarafan kredit India.

Jainisme mempunyai lebih daripada empat juta pengikut di India. Pengikut perlu mematuhi diet vegetarian yang ketat malah terdapat sesetengah rahib dan biarawati menutup mulut mereka dengan kain bagi mengelakkan daripada tertelan serangga secara tidak sengaja.

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka