Siakap Keli
makanan segera merah
Gambar: Pixabay

Perasan Tak, Kenapa Banyak Restoran Makanan Segera Selalu Guna Logo Warna Merah & Kuning

Perasan Tak, Kenapa Banyak Restoran Makanan Segera Selalu Guna Logo Warna Merah & Kuning

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis restoran yang boleh dikunjungi, sama ada restoran nasi campur, menjual makanan aneka kaum ataupun makanan segera.

Tak kisahlah dimana anda tinggal, anda tidak perlu bergerak terlalu jauh pun untuk bertemu dengan mana-mana restoran ini. Tetapi, kalau anda jenis yang teliti, anda tentu perasan kebanyak restoran, lebih-lebih lagi yang menjual makanan segera atau berkonsep F&B, rata-rata mengguna warna merah, kuning atau biru sebagai warna syarikat. Kenapa ya?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa warna-warna tertentu dapat mempengaruhi deria penglihatan kita. Tetapi pernahkah anda terfikir, mengapa hampir semua jenama terkenal seringkali menggunakan salah satu atau mana-mana kombinasi warna ini di jenama masing-masing.

Sama ada ia melibatkan rekaan restoran, logo, penjenamaan dan pemasaran, warna-warna ini seringkali dipilih sebagai warna utama ataupun warna asas.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Menurut beberapa pendapat, restoran-restoran makanan segera di seluruh dunia memilih warna-warna tersebut kerana ia dikatakan mampu membuatkan manusia menjadi lebih berselera dan cepat merasa lapar.

Jadi, dengan melihat warna-warna tersebut, orang ramai cenderung untuk masuk ke dalam restoran dan berbelanja.

Tambahan pula, ada kajian yang menunjukkan warna merah mampu untuk merangsang, menjadikan manusia lebih teruja dan dikaitkan dengan pelbagai aktiviti.

Walau bagaimanapun, faktor warna sahaja tidak menjadikan seseorang itu lapar sebenarnya.

“Anda bukan sahaja makan melalui lidah dan rasa tetapi turut ‘melalui’ mata dan tangan anda. Ia melibatkan semua jenis deria sebenarnya. Makanan yang dijual mestilah kelihatan menarik, menggiurkan dan mampu menarik orang membeli,” kongsi Abhijit Saha, Pengarah di Avant Garde Hospitality Pvt. Ltd.

Manakala, warna kuning dan biru pula melambangkan kegembiraan dan kemesraan.

“Terdapat beberapa warna yang kelihatan sangat menarik dan turut memikat deria rasa. Merah dan kuning digunakan secara global. Namun, di India, warna merah melambangkan makanan bukan vegetarian dan perlu digunakan dengan lebih berhati-hati.

“Kami menggunakan warna merah jambu dan kuning untuk jenama kami iaitu Dhadoom, kerana gabungan ini menarik minat milenium dan juga menggambarkan resipi yang kami sajikan di sana,” kata Karan Tanna, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yellow Tie Hospitality.

Beliau turut menambah bahawa warna logo yang dipilih juga mampu membantu kehadiran sesuatu jenama itu di dalam pasaran disedari dan menarik kesetian pelanggan untuk jangka masa panjang.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Pengaruh warna dan persepsi juga dapat dilihat apabila McDonald di beberapa kawasan cuba mengubah reka bentuk restorannya kepada warna hijau kerana mahu mewujudkan suasana semula jadi dan sihat.

Oleh itu, boleh dikatakan banya jenama global memahami kepentingan warna dalam jenama serta mengetahui cara untuk menggunakan warna yang tepat pada tempat yang sesuai.

BACA: Kali Terakhir Dilihat Zaman Ais, Komet Hijau Dijangka Lintas Bumi Selepas 50,000 Tahun Februari Ini

Sumber: Restaurant India.In

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma