Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran ribut petir di enam negeri, Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan enam negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 1 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan 9.45 pagi tadi memaklumkan negeri yang terlibat ialah Kedah meliputi Padang Terap, Sik dan Baling; Perak (Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera).
Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang
Selain itu, amaran itu juga dikeluarkan untuk kawasan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang).
Di Negeri Sembilan meliputi Jelebu, Seremban dan Jempol serta Sabah di kawasan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Kunak), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
Sumber: BERNAMA