Cetus Tanda Tanya, Wanita Dakwa Nampak Kelibat Mendiang Suami Dalam Video Promosi Restoran
ENGLAND — Seorang wanita mendakwa bahawa telah melihat kelibat mendiang suaminya yang meninggal pada tahun 2014 dalam satu video promosi di sebuah restoran di perkampungan Westbourne, West Sussex.
Memetik Daily Mail, difahamkan rakaman video tersebut telah diambil pada minggu lepas sebelum dimuat naik di halaman Facebook restoran itu.
Dalam klip video tersebut memaparkan pengunjung sedang menjamu selera dengan diakhiri tepukan gemuruh oleh kakitangan restoran berkenaan.
Bagaimanapun wanita yang dipercayai isteri kepada mendiang melihat kelibat suaminya dalam video tersebut.
BACA JUGA: Elwin Bawa Nama Malaysia Bersaing Dengan Kucing Dari Seluruh Dunia
“Bilakah video ini diambil? Saya seperti nampak suami saya dan anak lelaki di dalam rakaman ini, suami saya telah meninggal dunia pada 2014,” komen wanita itu.
Perkara itu mencetuskan spekulasi selepas salah seorang pengguna memaklumkan berkaitan butiran rakaman.
“Hai, video ini dirakam pada minggu lepas” kata akaun restoran itu di Facebook.
Susulan itu, ruangan komen mula dibanjiri oleh pengguna media sosial.
“Kami perlukan perkembangan terkini, Adakah mayat tidak pernah ditemukan?” kata salah seorang pengguna.
“Semua percaya bahawa wanita itu menipu,” kata salah seorang pengguna lain.
Sehingga kini, hampir 300 pengguna telah membanjiri ruangan komen dengan pelbagai pandangan.
Sumber: Daily Mail