Siakap Keli
Sembilan Orang Terbunuh Dalam Siri Tembakan
Gambar: Raul Roa / Los Angeles Time

Sambutan Tahun Baharu Cina Bertukar Tragedi, 9 Orang Dilapor Terbunuh Dalam Kejadian Tembakan Di California

Sambutan Tahun Baharu Cina Bertukar Tragedi, 9 Orang Dilapor Terbunuh Dalam Kejadian Tembakan Di California

LOS ANGELES —  Seramai sembilan orang dilaporkan terbunuh dalam satu kejadian tembakan ketika Sambutan Tahun Baharu Cina di Monterey Park, California.

Memetik laporan BBC, insiden berkenaan berlaku sekitar jam 10.20 waktu tempatan .

Difahamkan, ribuan orang sedang berkumpul di bandar berkenaan bagi sambutan perayaan itu sewaktu kejadian.

Jabatan Polis Los Angeles berkata, suspek yang terlibat dalam kejadian itu merupakan seorang lelaki.

Salah seorang saksi kejadian memberitahu kepada Los Angeles Times bahawa terdapat tiga orang berlari ke dalam restoran dan menyuruhnya untuk mengunci pintu ekoran seorang lelaki memegang senjata api di lokasi tersebut.

Bagaimanapun, pihak polis enggan memberikan penjelasan lanjut berhubung penahanan ke atas suspek tersebut.

Sementara itu, tular video di media sosial yang mendedahkan kehadiran pihak polis ke lokasi berkenaan yang terletak 13 kilometer dari timur Los Angeles.

Untuk makluman, festival Perayaan Tahun Baharu Cina ialah acara tahunan dan telah menarik lebih 100,000 pengunjung pada minggu lalu. Lebih-lebih lagi Taman Monterey mempunyai populasi penduduk sekitar 60,000 dan sebahagian besarnya didiami komuniti Asia.

Difahamkan, acara tersebut dijadualkan tamat pada jam 9 malam waktu tempatan Sabtu semalam.

Sumber: BBC News

BACA JUGA: Angka Kematian Dalam Tragedi Rempuhan Di Itaewon Cecah 154 Termasuk 26 Warga Asing

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?