Siakap Keli
Kredit: Twitter

Polis Cari Pemandu Atau Pemilik X70 Viral, Siasat Kes Kanak-kanak Keluarkan Separuh Kepala Dari “Sunroof”

Polis Cari Pemandu Atau Pemilik X70 Viral, Siasat Kes Kanak-kanak Keluarkan Separuh Kepala Dari “Sunroof”

Polis Daerah Petaling Jaya dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedang mengesan pemandu atau pemilik Proton X70 yang terlibat dalam video viral seorang kanak-kanak mengeluarkan separuh badan melalui sunroof baru-baru ini.

Memetik kenyataan media tersebut, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Petaling Jaya mengesan satu video berdurasi 9 saat yang memaparkan kejadian berkenaan dimuat naik di satu akaun Twitter, kira-kira 12.15 tengah malam, pada Selasa.

”Video tersebut memaparkan sebuah kenderaan jenis Proton X70 berwarna merah (didakwa) bersikap cuai terhadap keselamatan kanak-kanak dengan cara membenarkan kanak-kanak tersebut mengeluarkan kepalanya melalui sunroof kenderaan tersebut.

”Berdasarkan rakaman, kejadian tersebut berlaku di Lebuhraya NKVE dari Subang Jaya menghala ke Bukit Lanjan,” kata kenyataan itu.

Menurut Seksyen 336 Kanun Keseksaan, segala perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa manusia, atau keselamatan orang lain boleh dijatuhkan hukuman penjara dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan atau denda tidak melebihi RM 500 atau kedua-duanya sekali.

Di akhir kenyataan itu, pihak polis menasihati pengguna jalanraya agar tidak melakukan apa-apa perbuatan yang mampu mendatangkan bahaya terhadap nyawa atau keselamatan orang lain.

Pada masa yang sama, pihaknya turut menyeru pemilik atau pemandu kereta yang terlibat dan mana-mana saksi yang berada di tempat kejadian tersebut untuk tampil membuat laporan polis serta membantu siasatan.

Mereka boleh hadir di mana-mana balai polis berdekatan ataupun berhubung secara langsung dengan Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Mejar Mohd Yusof b. Hamzah di talian 011-23065984 bagi tujuan siasatan.

BACA: Polis Thai Siasat Anggotanya, Didakwa “Escort” Berbayar Pelancong China Ke Hotel, Siap Buka Siren

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma