Siakap Keli
Kredit: Facebook

Tanah Tinggi Thailand Bertukar Merah Jambu, Jalan-jalan Dihiasi Pokok ‘Sakura’ Persis Di Jepun

Tanah Tinggi Thailand Bertukar Merah Jambu, Jalan-jalan Dihiasi Pokok ‘Sakura’ Persis Di Jepun

Kawasan tanah tinggi di Utara Thailand kini bertukar panorama apabila dihiasai pohon rimbun dengan daun berwarna merah jambu. Difahamkan, fenomena berkenaan adalah fenomena biasa yang berlaku pada Disember – Januari apabila suhu dikawasan tersebut turun mendadak.

Kawasan berkenaan kini menjadi kawasan tumpuan pelancong untuk menikmati keindahahan suasana romantik persis dikelilingi pepohon bunga sakura di Jepun sambil menikmati angin bayu sejuk.

Pohon berkenaan diberi nama Nang Phaya Sua Kroang atau “Ratu Harimau” oleh penduduk tempatan dan juga dikenali sebagai pokok cherry liar Himalaya.

Kredit: Facebook

Pokok ini ditanam pada 2010 oleh peladang Hmong

Terletak di Phum Lom Lo di daerah Loei, Taman Negara Phu Hin Rong Kla adalah antara lokasi terbesar pokok cherry liar Himalaya yang boleh dikunjungi orang ramai.

Dipercayai ditanam oleh sekumpulan peladang Hmong pada 2010, kini terdapat kira-kira 100,000 batang pokok tersebut di atas kawasan yang dahulunya merupakan ladang kobis. Kawasan tersebut kini telah diuruskan oleh pihak berkuasa dan dijadikan kawasan pelancongan.

Seperti kehadiran lebah-lebah pada musim bunga, terdapat peningkatan jumlah kedatangan pelancong bagi setiap Januari dan Februari ke tempat ini.

Dengan suhu yang dicatatkan kurang dari 10 darjah Celsius, anda boleh merasai suasana nyaman seakan-akan musim sejuk tanpa perlu melancong jauh hingga ke negara Eropah.

Kredit: Facebook

Manakala di wilayah Doi Chang pula, bukit-bukit yang sinonim dengan pembuatan kopi berubah wajah kepada suasana pastel bagi tempoh yang sama.

Difahamkan di kawasan ini, jalan-jalan terutamanya di kawasan persisiran daerah Chian Rai dihiasi dengan kelopak-kelopak bunga yang jatuh daripada lebih 500,000 batang pokok cherry liar Himalaya.

Menariknya, pokok-pokok bunga ini telah ditanam oleh Chiang Rai Highland Agricultural Extension Centre untuk tujuan eksperimen dan menjadi tarikan pelancong pada masa yang sama.

Selain sakura, penduduk Doi Mae Salong turut mengeluarkan teh oolong yang berkualiti

Turut terletak di Chiang Rai, kampung yang berada di atas bukit ini merupakan tempat kediaman bagi etnik minoriti Cina di Thailand, kerana faktor lokasinya yang terletak bersebelahan dengan sempadan China-Thailand.

Musim bunga sakura sering diraikan bersama teh oolong oleh penduduk tempatan dan kini ia berkembang menjadi budaya setempat serta menjadi sumber pendapatan utama kawasan tersebut.

Pelancong-pelancong yang hadir di kawasan tersebut boleh menyertai Festival Teh dan Sakura Doi Mae Salong yang diadakan bermula 28 Disember sehingga 2 Januari setiap tahun.

BACA: (Gambar) Indahnya Musim ‘Sakura’ Warnai Kuala Lumpur

Sumber: The Nation 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma