Siakap Keli
Bangunan Empat Tingkat Runtuh
Gambar: The Statesman

Bangunan Empat Tingkat Runtuh, Tiga Maut Di Lucknow

Sekurang-kurangnya tiga maut dan beberapa orang dikhuatiri terperangkap selepas bangunan empat tingkat di Lucknow, Uttar Pradesh di India runtuh hari ini, lapor NDTV.

Difahamkan, gempa bumi dilaporkan menggegarkan seluruh utara India pada awal hari ini, namun kerajaan masih menyiasat adakah gegaran itu turut mendorong kepada runtuhan tersebut.

Tambah NDTV, sekurang-kurangnya empat keluarga dipercayai terperangkap di bawah serpihan bangunan runtuh yang dikenali sebagai Pangsapuri Alaya. Setakat ini, dilaporkan tiga orang telah diselamatkan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri UP, Brijesh Pathak juga dikatakan berada di tempat kejadian untuk mengawasi kerja mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan pasukan tindak balas bencana negeri.

“Bangunan itu dipercayai runtuh secara tiba-tiba. Tiga mayat telah dihantar ke hospital,” katanya.

 

Sumber: NDTV

 

Florence Nuar