Siakap Keli
Liverpool Pertimbang Jual Salah
Gambar: The Mirror | The Guardian

Liverpool Pertimbang Jual Salah, Sedia Beli Chiesa

Liverpool dilapor mempertimbangkan untuk menjual bintangnya, Mohamed Salah ekoran berminat untuk mendapatkan penyerang Juventus, Federico Chiesa dalam beberapa bulan yang akan datang, lapor Football 365.

Keputusan itu dibuat berikutan beberapa pemain mengalami penurunan prestasi selepas mencabar Manchester City untuk kejuaraan Liga Perdana pasa 2021/22.

Ditambah lagi dengan The Reds yang masih bergelut untuk mendapatkan kedudukan yang terbaik setelah kini hanya menduduki tempat kesembilan liga.

Menurut Football 365, Salah merupakan antara yang tidak mempamerkan prestasi memberangsangkan sepanjang musim ini berbanding lepas dan mereka serius untuk menjualnya sementara nilainya kekal tinggi.

Penyerang itu dikaitkan dengan perpindahan tahun lalu sebelum menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2025.

Sepanjang penampilannya, Salah telah menjaringkan tujuh gol dan empat bantuan jaringan (assist) dalam Liga Perdana (EPL) daripada 19 penampilannya.

Sementara itu, kelab gergasi Ligue 1, Paris Saint-Germaine (PSG) disebut sebagai destinasi berpotensi untuk Salah dengan harga jualan tidak kurang daripada RM374 juta (€80m).

Ekoran daripada itu, jurulatih Liverpool, Jurgen Kloop sudah memutuskan untuk membeli Chiesa daripada Juventus dengan wang hasil melepaskan Salah.

Liverpool Pertimbang Jual Salah
Kredit: Football 365

Tambah Football 365, dijangka sebanyak RM280 juta (€60m) diperlukan oleh Liverpool untuk ‘menarik’ penyerang Juventus tersebut dalam ketika jendela perpindahan.

Menurut Calciomercato, Liverpool dan Juventus mempunyai hubungan yang baik selepas pasukan tersebut menandatangani Arthur Melo secara pinjaman tahun lepas malah ia membawa kepada perbincangan yang lebih singkat.

Ditambah lagi, Chiesa dikatakan menyerlah semasa bermain untuk Itali ketika pasukan itu memenangi Kejohanan Eropah pada tahun 2021 tetapi prestasinya merudum ekoran kecederaan yang dialaminya.

Difahamkan, Chiesa kembali sihat sepenuhnya untuk Juventus pada November 2022. Pemain berusia 25 tahun itu kini beraksi semula dan berjaya menjaringkan tiga gol dalam lapan perlawanan sejak kembali.

Tidak dinafikan bahawa Chiesa adalah seorang pemain yang mempunyai bakat yang cemerlang malah perkara tersebut akan menyebabkan dia mampu untuk berpindah ke EPL lebih awal.

Tetapi, bagi Liverpool keputusan untuk menjual Salah adalah sukar kerana dia baharu saja menandatangani kontrak lanjutan.

Sumber: Football 365

Florence Nuar