Siakap Keli
berzina pengsan disebat
Kredit: Kompas

Didakwa Berzina: Wanita Pengsan, Lelaki Meraung Disebat 100 Kali

Didakwa Berzina: Wanita Pengsan, Lelaki Meraung Disebat 100 Kali

Sepasang kekasih yang ditangkap kerana didakwa berzina telah dijatuhkan hukuman 100 kali sebatan oleh Mahkamah Syariah Muelaboh di Aceh Barat semalam, lapor Kompas.

Tertuduh lelaki, 40, dan pasangannya, 37, yang masing-masing dari kampung Johan Pahlawan dijatuhkan hukuman sebatan sebanyak 100 kali oleh pendakwa raya daerah Aceh Barat.

Difahamkan, tertuduh wanita telah jatuh pengsan ketika sebatan terakhir (ke-100) dilakukan sebelum dihantar ke ambulans yang tersedia di lokasi hukuman untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tertuduh dikatakan sedar semula selepas beberapa minit mendapatkan rawatan perubatan tersebut.

Sementara itu, tertuduh lelaki pula hanya dilihat meraung menahan kesakitan apabila sebatan dilakukan terhadapnya.

disebat 100 kali
Kredit: Kompas

Melihat keadaan tertuduh (perempuan) jatuh pengsan, Pendakwa Raya daerah Aceh Barat, Darma Mustika mengatakan bahawa rawatan perubatan akan dijalankan mengikut peruntukan yang telah ditetapkan.

“Jika semasa pemeriksaan kesihatan dilakukan, ia mesti dirawat dan apabila sudah sembuh sudah pasti dia akan pulang ke keluarganya,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya komited untuk meneruskan hukuman sebat terhadap defendan yang didapati bersalah berdasarkan keputusan Mahkamah Syariah Muelaboh.

Justeru berhubung perkara itu, beliau meminta Kerajaan Aceh Barat menyokong sepenuhnya pelaksanaan hukuman sebat terhadap pesalah yang melanggar undang-undang syariah sebagai penguatkuasaan sistem perundangan Islam di kawasan itu.

Memetik Kompas, kedua-dua tertuduh menjalani hukuman sebatan berikutan keputusan mahkamah yang telah dibicarakan pada Disember 2022.

Sebelum ini, kedua-dua tertuduh terbabit dikatakan telah menjalani hukuman penjara sekitar dua bulan di Lapas Kelas IIB Meulaboh.

Sumber: Kompas

Florence Nuar