Siakap Keli
Dua Terbunuh Tujuh Cedera Dalam Serangan
Kredit: AFP

Dua Terbunuh, Tujuh Cedera Dalam Serangan Kereta Api Jerman

Sekurang-kurangnya dua terbunuh dan tujuh cedera akibat serangan seorang lelaki bersenjatakan pisau di dalam sebuah kereta api dalam kejadian yang berlaku di utara Jerman, semalam.

Menurut jurucakap Polis Persekutuan Jerman, suspek menggunakan pisau untuk menyerang beberapa penumpang dalam perjalanan kereta api dari wilayah Kiel ke Hamburg tiba di stesen Brokstedt.

Sementara itu, jurucakap polis, Juergen Henningsen dari bandar Flensburg mengesahkan bahawa dua orang mangsa telah terkorban selepas serangan manakala tiga cedera parah dan empat lagi cedera ringan.

Bagaimanapun, suspek yang berusia 33 tahun itu juga dilapor cedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.

Dalam masa yang sama, Menteri Dalam Negeri Jerman, Nancy Faesar turut meluahkan rasa terkejutnya dalam serangan kejam itu.

“Serangan pisau dalam kereta api serantau adalah berita yang mengejutkan. Semua fikiran kami tertumpu kepada mangsa dan keluarga mereka.

“Punca kepada jenayah ini akan disiasat dengan pantas. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada polis dan pekerja penyelamat yang bertindak balas,” tambahnya.

Dua Terbunuh Tujuh Cedera Dalam Serangan
Kredit: AFP

Memetik The Washington Post, pihak berkuasa telah dimaklumkan terlebih dahulu sebelum jam 3 petang berikutan penumpang yang membuat panggilan kecemasan.

Bukan itu sahaja, penumpang juga turut membantu dalam menahan suspek sehingga pihak polis sampai di tempat kejadian.

Hal ini menyebabkan stesen kereta api di Brokstedt ditutup selama beberapa jam dan pergerakan menuju ke utama Jerman turut ditangguhkan.

Pengendali kereta api, Duetsche Bahn merakamkan ucapan taziah dengan mengatakan,”Rasa simpati yang terdalam ditujukan kepada keluarga mangsa. Kami mendoakan mereka (yang tercedera) yang sembuh sepenuhnya.”

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Schleswig-Holstein, Sabine Suetterlin-Waack telah mengutuk serangan itu sekeras-kerasnya.

“Ia amat mengerikan. Kami terkejut dan berasa negeri apabila mendengar tentang kejadian tersebut,”maklumnya.

Tambah The Washington Post, terdapat kira-kira 120 penumpang di dalam kereta api ketika serangan itu berlaku.

Sehingga kini, sekitar 70 daripada penumpang telah disoal siasat malah, beberapa kumpulan forensik juga dilapor berada di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

 

Sumber: The Washington Post

Florence Nuar