Siakap Keli
Suami Tak Reti Kira Duit
Gambar: Fox News

Wanita Nekad “Cancel” Kahwin, Baru Dapat Tahu Bakal Suami Tak Reti Kira Duit Semasa Majlis

Wanita Nekad “Cancel” Kahwin, Baru Dapat Tahu Bakal Suami Tak Reti Kira Duit Semasa Majlis

Seorang pengantin perempuan di daerah Farrukhabad di Uttar Pradesh yang berusia 21 tahun nekad membatalkan perkahwinannya hanya kerana bakal suaminya tak reti kira wang kertas, lapor Gulf News.

Kejadian itu berlaku ketika berlangsungnya upacara perkahwinan apabila sami semakin ragu-ragu dengan kelakuan pelik lelaki itu dan memaklumkan kepada keluarga wanita tersebut.

Apabila menyedari bahawa bahawa lelaki tersebut tidak pandai mengira, pengantin perempuan segera beredar dari pelamin untuk membatalkan perkahwinannya sehingga mencetuskan pertengkaran antara kedua-dua keluarga dan memaksa campur tangan daripada pihak polis.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Memetik Gulf News, keluarga pengantin perempuan mendakwa mereka tidak diberitahu bahawa pengantin lelaki yang berusia 23 tahun itu mempunyai masalah ‘mental rapuh’ sehingga berlansungnya majlis perkahwinan mereka.

Saudara lelaki kepada pengantin perempuan tersebut berkata, “Perkahwinan biasanya berlaku dengan niat baik dan orang tengah pula adalah saudara terdekat, jadi menaruh kepercayaan terhadapnya dan tidak bersemuka langsung dengan lelaki itu.”

Menurutnya, sewaktu sami memberitahu mereka tentang kelakuan pengantin lelaki yang pelik itu, mereka memutuskan untuk menjalankan ujian dengan memberinya 30 keping wang kertas berjumlah 10 rupee untuk dikira, namun dia telah gagal mengiranya.

“Selepas mengetahui keadaannya, dia enggan mengahwininya,” kata saudara lelaki pengantin perempuan itu.

Selepas pengantin perempuan membatalkan perkahwinan, berlakunya pertengkaran mulut antara kedua-dua keluarga.

Perkara itu telah menyebabkan polis cuba menjadi orang tengah tetapi pengantin perempuan tidak mahu meneruskan perkahwinan tersebut.

Bagaimanapun, SHO Anil Kumar Chaube berkata masih belum ada aduan polis difailkan dalam perkara itu.

Sumber: Gulf News

Noorliyana Ishak