Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Karier & Jawatan Yang Pernah Disandang Khairy Jamaluddin Dalam Dunia Politik Malaysia

Karier & Jawatan Yang Pernah Disandang Khairy Jamaluddin Dalam Dunia Politik Malaysia

Khairy Jamaluddin atau nama penuhnya Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang lahir pada 10 Januari 1976 merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Beliau yang biasa dikenali sebagai KJ itu merupakan bekas Ahli Parlimen Rembau dari 2008 sehingga 2022.

Selepas berlakunya krisis politik di Malaysia pada tahun 2020, KJ mengambil peranan sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dari Mac 2020 hingga Ogos 2021 dalam pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Semasa berlakunya pandemik COVID-19 di Malaysia, Khairy memegang jawatan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dari Februari 2021 hingga Ogos 2021, dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Menurut sumber, KJ amat popular sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi PICK, iaitu salah satu usaha terpenting dan maslahat untuk membendung pandemik COVID-19 di Malaysia.

Selain itu, bekas Ahli Parlimen Rembau ini pernah berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan dari Mei 2013 hingga 2018. Beliau juga merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen gabungan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Khairy Jamaluddin turut pernah berkhidmat sebagai Ketua Pemuda UMNO dari Mac 2009 hingga Jun 2018.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Khairy telah tewas dan kehilangan kerusi parlimennya di Sungai Buloh.

Sumber: Wikipedia

Noorliyana Ishak