Siakap Keli
Pemandu Porsche Disyaki Mabuk
Gambar: Sinar Harian

Polis Tahan Pemandu Porsche Disyaki Mabuk Rempuh Tiga Kenderaan

Polis Tahan Pemandu Porsche Disyaki Mabuk Rempuh Tiga Kenderaan

Seorang pemandu kenderaan mewah jenis Porsche 911 Carrera yang disyaki mabuk telah ditahan pihak polis selepas merempuh tiga buah kenderaan di kawasan parkir di sebuah pusat membeli belah semalam, lapor Sinar Harian.

Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, Ketua Polis Daerah Sepang menyatakan bahawa insiden yang membabitkan empat kenderaan itu telah dilaporkan berlaku sekitar jam 9.50 malam.

Menurutnya, siasatan mendapati lelaki berusia 61 tahun yang memandu kereta jenis Porsche 911 Carrera itu telah melanggar penghadang jalan di kawasan parkir valet di pusat membeli belah tersebut.

“Pemandu yang juga seorang kontraktor itu telah hilang kawalan sehingga terlanggar tiga kereta jenis Toyota Corola Cross, Honda Jazz Hybrid dan Honda CRV yang diparkir di lokasi terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Jelasnya lagi, kesemua kenderaan yang terlibat mengalami kerosakan akibat pelanggaran terbabit dan siasatan awal dipercayai lelaki berkenaan memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Semakan juga mendapati lesen pemandu Porsche 911 Carrera itu telah tamat tempoh selain mempunyai 31 saman yang belum dijelaskan,” ujarnya.

Bagaimanapun, pemandu tersebut telah ditahan untuk ujian darah dan air kencing serta direkod keterangan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegasnya.

Sumber: Sinar Harian

Noorliyana Ishak