Siakap Keli
Tak Setuju Keputusan UMNO Pecat Dan Gantung Ahli
Gambar: Facebook

Saya Tak Setuju Keputusan UMNO Pecat Dan Gantung Ahli, Ada Proses Tak Dilaksanakan – Ismail Sabri

Saya Tak Setuju Keputusan UMNO Pecat Dan Gantung Ahli, Ada Proses Tak Dilaksanakan – Ismail Sabri

Naib Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak bersetuju dengan keputusan pemecatan dan penggantungan keahlian beberapa pemimpin parti itu.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, beliau berkata pemecatan dan penggantungan itu tidak mematuhi proses perundangan dan bertentangan dengan prinsip ‘natural justice’ seperti hak membela diri.

“Saya dimaklumkan jawatankuasa berdisiplin tidak pernah menasihatkan Presiden untuk sebarang tindakan namun hanya memaklumkan tentang terdapat laporan dibuat terhadap yang dituduh,” katanya.

“Maka saya menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut kerana terdapat kecacatan nyata dalam proses membuat keputusan memecat dan menggantung mereka.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, sebagai sebuah parti yang bertamadun, UMNO mesti dilihat telus dalam membuat sebarang tindakan.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Bekas Perdana Menteri itu turut mengatakan keputusan berkenaan menimbulkan beberapa perkara berbangkit termasuk tiada surat tunjuk sebab dan ruang menjawab bagi yang dituduh mengetahui pertuduhan terhadap mereka.

Jelasnya lagi, jika yang menuduh tidak puas hati maka yang dituduh perlu dirujuk kepada pendengaran dalam jawatankuasa disiplin bagi mempertahankan diri, beliau boleh membawa saksi dan tuduhan perlu dibuktikan.

“Jika jawatankuasa disiplin mendapati yang dituduh bersalah atau sebaliknya, maka jawatankuasa disiplin perlu memberi cadangan kepada jawatankuasa pengurusan UMNO,” tulis kenyataan tersebut.

Datuk Seri Ismail Sabri juga turut berkata, jawatankuasa pengurusan UMNO perlu berbincang dan menbawa cadangan ke Majlis Tertinggi untuk keputusan.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi mengumumkan pemecatan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan penggantungan enam tahun Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Tan Sri Noh Omar (yang kemudiannya dipecat atas kehendak Tan Sri Noh), Sdr Shahril Hamdan, Datuk Seri Salim Sharif (Jempol).

Sumber: Facebook

Noorliyana Ishak