Siakap Keli
jeti pulau pabang roboh
Kredit: Awani

Jeti Pulau Pababag, Semporna Roboh, Pelajar Terjatuh Ke Laut

Sebuah jeti dipercayai di Pulau Pababag, Semporna roboh mengakibatkan lebih 10 pelajar sekolah rendah terjatuh ke laut, lapor Awani.

Tular di media sosial video berdurasi satu minit 30 saat menunjukkan sekumpulan pelajar yang lengkap berpakaian sekolah serta guru yang cuba menyelamatkan anak murid yang jatuh di dalam laut 

Menerusi perkongsian @jonjonahah di laman Twitter, lelaki tersebut mengesahkan video itu diterima dalam satu kumpulan WhatsApp.

Dalam pada itu, beberapa pelajar juga dilihat sedang berada dalam keadaan panik melihat rakan-rakan mereka terjatuh, namun guru yang berada di situ masih cuba memindahkan mereka ke atas bot.

Namun, mangsa yang terjejas masih lagi belum diketahui.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Awani, @jonjonahah via Twitter

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana