Siakap Keli
Bintang asal Wednesday Addams Meninggal Dunia
Kredit: Metro UK

Pelakon Asal Wednesday Addams, Lisa Loring Meninggal Dunia

Pelakon asal Wednesday Addams, Lisa Loring dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 64 tahun akibat mengalami penyakit strok yang serius baru-baru ini, lapor Metro UK.

Berita memilukan itu dikongsikan oleh  anak perempuannya, Vanessa Foumberg yang menyatakan Lisa meninggal dunia pada malam Sabtu, 28 Januari di Pusat Perubatan Providence St. Joseph di Burbank, California akibat komplikasi strok yang disebabkan oleh darah tinggi.

Lisa terkenal dalam siri televisyen, ‘The Addams Family‘ melakonkan watak sebagai Wednesday yang berlangsung antara tahun 1964 hingga 1996 yang mempunyai 64 episod secara keseluruhannya iaitu adaptasi aksi langsung New York karya Charles Addams.

“Dia (Lisa) pergi dengan aman dengan kedua-dua anak perempuannya (Vanessa dan Marianne) memegang tangannya,” katanya Vanessa.

Malah, kematiannya juga turut dikongsikan oleh rakan karibnya, Laure Jacobson yang berkata, “Dengan sangat sedih saya melaporkan kematian rakan kami, Lisa Loring. Empat hari yang lalu dia mengalami strok teruk disebabkan rokok dan tekanan darah tinggi.

Bintang asal Wednesday Addams Meninggal Dunia
Kredit: Metro UK

“Dia telah menggunakan alat bantuan pernafasan selama tiga hari. Semalam, keluarganya sukar membuat keputusan untuk menanggalkannya (alat bantuan pernafasan) dan meninggal dunia malam tadi,” jelasnya.

Tambahnya, Lisa tetap dalam ingatan yang membawa budaya pop dengan watak yang dikenali sebagai Wednesday Addams. Malah, Lisa juga digambarkan sebagai seorang yang cantik, baik hati, ibu yang penyayang dan mempunyai pengaruh besar dalam dunia hiburan.

Dalam Metro UK juga diceritakan sedikit latar belakang tentangnya iaitu nama sebenar Lisa Loring ialah Lisa Ann DeCinces yang dilahirkan pada 16 Februari 1958, di Kepulauan Marshall, Loring.

Selain The Addams Family, Lisa turut melibatkan diri dalam lakonan cerita As World Turns, Barnaby Jones, Fantasy Island, The Girl from U.N.C.L.E. dan The Phyllis Diller Show.

Bintang asal Wednesday Addams Meninggal Dunia
Kredit: Metro UK

Terbaharu, drama bersiri Wednesday turut dilakonkan semula oleh pelakon muda, Jenna Ortega yang memegang watak Wednesday dalam drama tersebut.

Bagaimanapun, Jenna turut mendapat pujian untuk lakonannya itu yang ditayangkan di Netflix. Hal ini kerana dia dikatakan telah memberi penghormatan kepada tarian Loring dalam musim satu episod empat.

“Saya tahu ada perkara tertentu yang mahu saya lakukan. Saya memberi penghormatan kepada Lisa Loring, Wednesday Addams yang pertama. Justeru, saya melakukan sedikir ‘shuffle’ yang dia lakukan. Sudah tentu,” kata Jenna.

Sumber: Metro UK

 

 

Florence Nuar