Siakap Keli
Gambar via BBC

Protes Di Perancis Makin Meruncing, Jutaan Rakyat Turun Sertai Bantahan

Protes Di Perancis Makin Meruncing, Jutaan Rakyat Turun Sertai Bantahan

Perancis kini memasuki gelombang kedua terhadap bantahan rancangan Presiden Emmanuel Macron bagi rancangannya untuk menaikkan umur persaraan daripada 62 kepada 64 tahun, lapor BBC.

Kumpulan anti-kerajaan kini semakin bertambah dalam membantah rancangan Emmanuel sejak kali pertama ia tercetus. Jumlah mereka yang menyertai bantahan itu dijangka melepasi 1.12 juta orang yang dicatatkan pada 12 hari yang lalu.

Lapan kesatuan utama mengambil bahagian dalam bantahan itu dan telah menyebabkan sekolah ditutup, pengangkutan awam dan kilang penapisan minyak berhenti operasi.

Kesatuan sekerja CGT berkata, sebanyak setengah juta penunjuk perasaan telah berkumpul di Paris. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa menganggarkan seramai 87,00o orang terlibat dan seramai 2.8 juta orang turun membantah di seluruh Perancis.

Kredit BBC

Berdasarkan jumlah penunjuk perasaan yang turun membantah, ianya tidak jelas sama ada boleh menyebabkan Emmanuel untuk berundur daripada mentadbir kerajaan di negara tersebut atau tidak.

Kerajaan boleh mengawal keadaan dengan tindakan seperti ini selagi ia berlaku mengikut jangkaan yang boleh diramal dan teratur sehingga setakat ini.

Kerajaan Emmanuel telah meneruskan pembaharuan umur pencennya dalam tinjauan pendapat yang mencadangkan dua pertiga pengundi menentang perubahan itu.

Penetapan perubahan itu akan dibawa ke Dewan Negara pada minggu hadapan untuk diputuskan melalui perbincangan di Dewan Negara.

Kredit BBC

Jika tidak mendapatkan sokongan majoriti parlimen, kerajaan perlu bergantung kepada parti sayap kanan Republikan untuk sokongan seperti ahli parlimen parti pemerintah itu sendiri.

Beberapa jam sebelum protes utama bermula di Place d’Italie di tengah Paris, ribuan peserta perarakan hadir di Toulouse, Marseille dan Nice di selatan Saint Nazaire, Nantes dan Rennes di barat.

Seramai 11,000 polis dilaporkan telah dikerah untuk mengawal peserta perarakan yang berlaku di lebih 200 pekan dan bandar di sekitar Perancis. Beberapa pertempuran dilaporkan berlaku di laluan Paris di Place Vauban dan 30 orang telah ditangkap.

“Emmanuel pasti akan kalah. Tiada siapa yang mahukan pembaharuannya, semakin hari bantahan semakin besar,” kata pemimpin sayap kiri Jean-Luc Melenchon kepada pemberita di Marseille.

Terdapat gangguan yang teruk dalam sistem pengangkutan, tiga perempat daripada kereta api di luar Paris dibatalkan dan hanya dua laluan metro tanpa pemandu beroperasi seperti biasa di Paris.

Kesatuan CGT berkata sekurang-kurangnya tiga perempat pekerja telah keluar di kilang penapisan minyak dan depoh bahan api TotalEnergies yang besar. Loji janakuasa melaporkan pengeluaran berkurangan selepas pekerja melancarkan mogok di syarikat elektrik utama EDF.

Salah satu kesatuan guru utama berkata, kira-kira 55% guru sekolah menengah telah keluar menyertai bantahan. Murid sekolah menengah turut mengadakan protes di luar beberapa sekolah dan pelajar sempat berkata mereka akan menguasai universiti Sciences Po di Paris untuk menyokong peserta bantahan.

Sumber: BBC

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka