Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ringgit Makin Kukuh, Pemuda Indonesia Jujur "Khawatir" Tentang Perkara Ini
Tidak dinafikan, tinggal di Malaysia memang menjadi impian ramai orang, terutamanya dari luar negara.
Antara faktor yang turut menyumbang kepada tarikan ini ialah kestabilan ekonomi serta nilai mata wang ringgit yang memberi kuasa beli yang agak kompetitif berbanding sesetengah negara lain.
Kekuatan mata wang memainkan peranan penting dalam menentukan kos sara hidup, harga barangan serta kemampuan individu untuk berbelanja.
Apabila ringgit berada pada tahap stabil, ia bukan sahaja memberi keyakinan kepada pelabur asing, malah turut memberi kesan kepada daya tarikan Malaysia sebagai destinasi untuk bekerja, belajar dan menetap.
Selain itu, pergerakan nilai ringgit juga mempengaruhi persepsi terhadap ekonomi negara secara keseluruhan.
Mata wang yang stabil dan berdaya saing sering dikaitkan dengan ekonomi yang kukuh, sekali gus menjadikan Malaysia kekal relevan dalam persaingan ekonomi serantau dan global.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang pemuda Indonesia yang kini menetap di Malaysia.
Melalui satu hantaran tular di media sosial, pemuda ini meluahkan rasa bimbang terhadap nilai ringgit yang semakin kukuh berbanding mata wang di Indonesia.
Menurut pemuda itu, RM1 kini mencecah sekitar 4,400 rupiah, sekali gus menimbulkan kebimbangannya terhadap keadaan ekonomi di Indonesia.

“Beberapa tahun tinggal di Malaysia, aku sedar satu perkara.
“Negara ini benar-benar cepat berkembang. Kuala Lumpur makin moden, pengangkutan awam makin selesa, dan gaya hidup masyarakatnya juga semakin dinamik,” ujarnya.

Antara perkara yang mengejutkannya, beberapa tahun lalu nilai RM1 hanya sekitar 3,200 Rupiah, namun kini telah meningkat kepada kira-kira 4,400 rupiah.

Katanya, situasi ini dianggap semakin serius dan tidak boleh dipandang ringan.
“Kalau transaksi sebanyak RM10,000, nilainya kini mencecah sekitar 44 juta Rupiah berbanding kira-kira 32 juta rupiah beberapa tahun lalu,” katanya.
Dia turut menyatakan bahawa nilai rupiah Indonesia semakin melemah, sekali gus mencetuskan persoalan dalam kalangan rakyat terhadap keadaan ekonomi negara tersebut.
“Pada pandangan saya, mungkin semuanya masih kelihatan normal, tetapi angka ekonomi tidak pernah berbohong,” ujarnya.

Dia menyatakan bahawa perkara ini merupakan perkembangan yang positif, memandangkan pengukuhan nilai ringgit turut memberi kesan kepada peningkatan kuasa beli masyarakat.
Situasi ini juga dilihat mampu membantu mengurangkan tekanan kos terhadap pengguna dalam jangka masa tertentu, sekali gus memberi ruang kepada perbelanjaan yang lebih stabil.
Hakikatnya, mungkin ini satu peringatan halus buat kita sebagai rakyat Malaysia untuk terus peka terhadap perkembangan ekonomi semasa.
Aspek ini juga mengingatkan bahawa kestabilan mata wang dan pertumbuhan ekonomi perlu sentiasa dipelihara agar tidak terjejas pada masa hadapan.