Siakap Keli
Pakej Jalur Lebar Tetap Hanya RM69 Sebulan Mulai Mac
Gambar: Bernama

Pakej Jalur Lebar Tetap Hanya RM69 Sebulan Mulai Mac

Pakej Jalur Lebar Tetap Hanya RM69 Sebulan Mulai Mac

Kementerian Komunikasi dan Digital mengumumkan Pakej Jalur Lebar Tetap (Fixed Internet Broadband) dengan harga serendah RM69 sebulan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata perkara itu selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk menurunkan kos sara hidup.

Khususnya yang menyasarkan golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas dengan harga yang lebih rendah.

Tambah Fahmi, pakej itu menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tanpa had (unlimited data).

Selain itu, ia juga bakal ditawarkan pada bulan Mac 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan.

“Harga pakej yang ditawarkan 22 peratus lebih murah berbanding harga pakej semasa dengan spesifikasi yang sama iaitu sekitar RM89.00.

“Bermakna rakyat dapat menikmati penjimatan sebanyak RM480 sepanjang tempoh kontrak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakej Jalur Lebar Tetap libatkan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan

Menurutnya lagi, pakej tersebut merupakan kerjasama daripada syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap iaitu Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, TIME Berhad dan Astro.

BACA: Kebocoran Data: KKD Dapatkan Maklum Balas Maybank, Astro – Fahmi

“Inisiatif ini bukan sahaja seiring dengan hasrat untuk meringankan beban rakyat, malahan merupakan indikator Kerajaan Perpaduan.

“Penyedia perkhidmatan juga mengambil perhatian terhadap keperluan dan kebajikan rakyat.

“Serta terus berusaha dalam memastikan kesalinghubungan digital yang lebih menyeluruh dengan harga yang lebih rendah seiring dengan konsep Malaysia MADANI,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Fahmi telah mengumumkan mengenai Pelan Data Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih pada harga dua kali ganda lebih murah iaitu RM5 sebulan

Ia tiga kali lebih pantas dan akan berada di pasaran mulai Februari.

Memetik laporan Bernama, pelaksanaan itu pakej itu juga melibatkan lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, UMobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications.

Jelas Fahmi ketika itu, syarikat perkhidmatan telekomunikasi memainkan peranan penting dalam melengkapkan tiga peratus akses internet di kawasan yang belum diselesaikan serta baki 97 peratus yang dikesan mempunyai pothole.

Sumber: Fahmi Fadzil

BACA JUGA: Fahmi Dilantik Jurucakap Kerajaan

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?