Siakap Keli
Detik Terakhir Siti Hawa
Gambar: Ainn.ros

Sayu, Anak Kongsi Detik Terakhir Bersama Siti Hawa

Pemergiannya mengejutkan ramai, Nurul Ain kongsi detik terakhir Siti Hawa yang dipercayai meninggal dunia akibat kanser

Kehilangan orang yang tersayang terutamanya ibu bapa sememangnya satu momen yang sangat memilukan. Lebih-lebih lagi, insan tersebut merupakan mereka yang menemani dan membesarkan kita dari kecil.

Segala kenangan, riak wajah, tawa, suka dan duka pastinya akan sentiasa bermain di benak fikiran, namun tiada apa lagi yang mampu dilakukan kerana mereka sudah tiada lagi di dunia ini.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan berita pemergian Siti Hawa Sidek yang sebelum ini sering tular dengan video keletah lucunya.

BACA: Video Keletah Lucunya Sering Tular Di TikTok, Siti Hawa Sidek Disahkan Meninggal Dunia

Siti Hawa dipercayai menghidap kanser sejak sekian lama namun menyembunyikan penyakitnya itu daripada pengetahuan orang ramai.

Detik terakhir Siti Hawa

Terbaru, anak kepada Allahyarhaman, Nurul Ain dalam satu kiriman video hari ini sempat menceritakan detik-detik terakhir sebelum pemergian ibu tercinta untuk selamanya.

Dalam klip video yang dimuat naik platform TikTok, Ain menjelaskan bahawa sebelum dimasukkan ke dalam wad, ibunya sudah dalam keadaan terbaring dan lemah.

Tambahan lagi, makan minum ibunya juga sudah tidak menentu. Sewaktu di wad kecemasan (Zon Merah), Ain dimaklumkan bahawa ibunya telah menghidap kanser tahap empat yang sangat kritikal.

“Ketika Ain teman mama, jadi doktor panggillah Ain. Doktor beritahu mama dah kanser tahap empat yang sangat kritikal.

“Dia tak boleh bedah dan buat apa-apa. Jadi dia (doktor) akan buat untuk keselesaan mama sahaja,” luah Ain.

Susulan itu, doktor menyarankan untuk menghubungi keluarga terdekat, maklumnya dalam video berdurasi 2 minit 37 saat.

“Waktu Ain jaga mama, mata dia sentiasa pejam. Tapi satu masa tu, beberapa saat sahaja dia buka mata depan Ain.

@niayien

syurga buat mu mama❤️

♬ Seandainya – Vierra

“Mata dia kuyu ja depan Ain. Dia nak cakap sesuatu tapi Ain tak faham,” katanya.

Jelasnya, jauh disudut hatinya mengharapkan keajaiban agar ibunya itu kembali sedar tetapi dalam masa yang sama dia reda jika ibunya pergi buat selamanya kerana telah menanggung kesakitan selama dua tahun.

Dalam pada itu, Ain juga menjelaskan bahawa dia sedikit terkilan kerana tidak berada di sisi ibunya ketika menghembuskan nafas terakhir.

“Ain turun makan sekejap, bila naik semula ke wad dan sampai ke katil mama, mama dah takde,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, dia seperti tidak percaya ketika itu kerana tidak dapat bersama ibunya di saat akhir. Bagaimanapun, dia menganggap itu mungkin satu hikmah buat dirinya.

Dalam pada itu, dia turut berharap orang ramai untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada ibunya khususnya yang mengenalinya.

“Korang yang kenal mama, tolong doakan mama yang selalu hiburkan korang,” ujarnya.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 4.8 juta tontonan di TikTok dan dihujani dengan ribuan komen dari netizen yang turut sedih dengan kehilangan mama Ain.

Detik Terakhir Siti Hawa

Detik Terakhir Siti Hawa

Detik Terakhir Siti Hawa

Untuk makluman, Allahyarhamah popular di TikTok dengan aksi dan telatah bersama anaknya yang sering mencuit hati. Mereka kerap kali menghasilkan video sejak wabak pandemik melanda.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, Allahyarhamah dilaporkan tidak lagi menghasilkan kandungan di media sosial. Perkara itu sekaligus menjadi tanda tanya kepada peminatnya.

Sumber: TikTok niayien

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?