Siakap Keli
lokasi kedai menu rahmah
Kredit: Bernama

Ini Antara Lokasi Kedai Menu Rahmah Di Seluruh Negara

Ini Antara Lokasi Kedai Menu Rahmah Di Seluruh Negara

Menu Rahmah yang diperkenalkan kerajaan baru-baru ini ternyata mendapat sambutan daripada masyarakat. Sejak mula diperkenalkan, banyak restoran di seluruh negara mula menawarkan set makanan lengkap pada harga berpatutan.

Set tersebut merangkumi nasi, satu pilihan lauk dan sayuran yang ditawarkan untuk membantu golongan yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.

Pada awalnya, restoran yang terlibat dalam program tersebut ialah ahli daripada tujuh persatuan peniaga makanan di seluruh negara. Antaranya adalah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS).

Menu Rahmah dapat dibeli menerusi 15,000 premis makanan di seluruh negara mulai 31 Januari

Antara yang terawal menyahut seruan kerajaan adalah pasar raya terkenal, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin). Pasaraya itu kini berusaha menyediakan Menu Rahmah di medan selera seluruh cawangan pasar rayanya.

Menurut Pengarah Urusan Mydin Datuk Ameer Ali Mydin, pihaknya tetap bertekad menawarkan menu makanan bawah RM5 di seluruh negara. Saranan kerajaan itu tetap disahut walaupun kos bahan mentah di Sabah dan Sarawak sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding di semenanjung.

Tambahnya, pihaknya turut menawarkan menu sarapan pagi dengan 10 variasi makanan dengan harga serendah RM2.50 sahaja.

menu rahmah mydin
Gambar hiasan | Kredit: Bernama

Selain itu, fenomena Menu Rahmah turut disahut oleh pengusaha-pengusaha kedai makan di seluruh negara. Difahamkan, banyak kedai mula mengiklankan Menu Rahmah masing-masing menerusi media sosial.

Pengusaha restoran mengambil inisiatif sendiri untuk menawarkan Menu Rahmah kepada pelanggan

Walaupun Menu Rahmah belum diperluaskan ke Sabah, seorang pengusaha restoran di Plaza Tanjung Aru turut tidak ketinggalan menawarkan hidangan tersebut bermula Rabu lepas.

Pengusaha Restoran Pak Mus, Musli Oli berkata, menu tersebut ditawarkan bermula pukul 10.30 pagi hingga 2.30 petang.

menu rahmah restoran pak mus
Bernama via Restoran Pak Mus

Menu yang ditawarkan kepada pelanggan berkhasiat dan seimbang dengan harga RM5 merangkumi nasi, ikan, ayam atau ikan, sayur dan air sirap.

Ujarnya, inisiatif tersebut adalah bagi menyahut seruan kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat khususnya di Sabah.

Peniagaan francais turut menawarkan harga berpatutan kepada rakyat Malaysia

Tidak ketinggalan, pemilik peniagaan makanan berbentuk francais yang tidak keberatan untuk menyediakan Menu Rahmah masing-masing.

Francais bubble tea popular,Chatime Malaysia menawarkan Pearl Milk Tea dan Grass Jelly Roasted Milk Tea pada harga RM 5.

Demam Menu Rahmah juga dapat dilihat menerusi penawaran menu dengan harga murah oleh beberapa pengusaha kedai makan di seluruh Malaysia seperti berikut:

Restoran Ali Maju di Wisma Sri Rampai, Kuala Lumpur.

Seaman Station di Kuantan, Pahang.

Nasi Kawen Royale di Taiping, Perak.

D’hielo CAFE di Seksyen 17, Shah Alam, Selangor

Warong Pecel Lele di Cyberjaya, Selangor

Nasi Ayam Viral Klebang Putra di Chemor, Perak

Mios Kitchen di lima outletnya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIOS KITCHEN (@mioskitchen_official)

Restoran Pak Mus di Kota Kinabalu, Sabah

Menurut Datuk Seri Salahuddin Ayub, terdapat peniaga yang prihatin telah mempelbagaikan menu lain dalam pemerhatiannya.

Antara menu sepinggan lengkap yang boleh dijadikan sebagai Menu Rahmah seperti mi goreng, kuetiau goreng, rojak, roti John dan shawarma.

“Untuk memudahkan rakyat, kita (KPDN) akan letak satu pelekat atau simbol Menu Rahmah di premis yang terlibat dan apabila mereka nampak menu itu, mereka boleh pergi dapatkan makanan.

Pihaknya juga akan menguar-uarkan program ini dan meminta pempengaruh di media sosial membantu kerajaan menyebarluaskan mengenainya supaya seluruh rakyat boleh menikmati menu tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut menyasarkan semua pelaksanaan inisiatif ‘Rahmah’ seperti Bakul Rahmah, Pakej Harga Barang Rahmah dan Kafe Rahmah menjelang akhir Mac ini.

Jelasnya, program Bakul Rahmah disasarkan untuk kepada golongan keluarga miskin tegar setiap bulan. Pakej Harga Barang Rahmah pula merangkumi 12 barang keperluan asas yang boleh didapati pada harga ditetapkan.

Inisiatif Kafe Rahmah juga akan diperluas ke semua IPT tempatan selepas ini.

BACA: Resepi Mudah Bak Kut Teh Guna Daging Lembu & Kambing

Sumber: Bernama via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma