Siakap Keli
kepala ular sawa putus
Gambar: Sky News

Lelaki ‘Kokak’ Kepala Ular Sawa Peliharaan Kekasih Sampai Putus

Gaduh Punya Pasal, Lelaki ‘Kokak’ Kepala Ular Sawa Peliharaan Kekasih Sampai Putus

Seorang lelaki dari Florida ditahan polis kerana didakwa menggigit kepala seekor ular sawa peliharaan seorang wanita hingga putus ketika sedang bertengkar dengannya, kata polis.

Lelaki yang berusia 22 tahun tersebut dikatakan menggigit ular selepas dia bertengkar dengan wanita di sebuah apartmen Cutler Bay pada Isnin, lapor NBC Miami.

Pihak polis memaklumkan mereka menerima laporan pada pukul 5.30 pagi dan menemui kepala ular sawa yang terputus itu.

Mereka terdengar suara seorang lelaki dan wanita menjerit di dalam apartmen sebelum wanita terbabit meminta polis untuk menendang pintu rumahnya.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Bagaimanapun, lelaki itu kemudiannya menghalang pihak polis daripada masuk dan menahan wanita tersebut, lapor polis.

Seorang anggota polis cuba untuk menggunakan taser (senjata perenjat) kepada lelaki terbabit selepas dia enggan keluar dengan mengangkat tangan.

Namun, tindakan polis tersebut tidak berjaya untuk menundukkan suspek dan bertindak menyerang polis.

Lelaki berkenaan didakwa memukul muka seorang lagi anggota polis dengan gari apabila polis itu cuba menahannya.

Selepas berjaya menahan lelaki itu, polis telah menemui seekor ular yang terputus kepalanya berhampiran pintu depan.

Wanita tersebut memberitahu pihak polis bahawa lelaki itu telah menggigit kepala haiwan peliharaannya semasa mereka sedang bertengkar.

Status hubungan antara suspek dengan wanita berkenaan masih tidak diketahui dengan jelas, lapor New York Post.

Ekoran daripada itu, lelaki terbabit dituduh melakukan kekejaman terhadap haiwan dengan niat untuk membunuh, mengurung secara salah serta melawan polis dengan cara keganasan.

Suspek juga dikenakan ikat jamin sebanyak 15,000 dolar Amerika (RM63,900).

Terdahulu, kejadian yang sama turut pernah berlaku seperti artikel yang ditulis SK beberapa bulan lalu di mana seorang kanak-kanak lelaki menggigit ular tedung sehingga mati.

Kanak-kanak lelaki yang berusia lapan tahun tersebut dilaporkan telah menggigit ular tedung yang menyerang lengannya hingga mati di Chhattisgarh, Jashpur, India.

Sumber: New York Post

Noorliyana Ishak