Lembut & Berlemak, Guna Bahan Ini Untuk Rebus Ikan Bagi Jadi Lebih Sedap
Pernah dengar tak menu ikan rebus atau ikan rebus goreng? Menu ini merupakan hidangan yang sangat popular terutamanya kepada golongan orang-orang lama.
Ikan rebus kebiasaannya dibuat daripada ikan jenis kembung atau ikan termenung. Namun harga jualannya di kedai mahupun pasar raya pada masa ini sudah agak mahal.
Sangat jimat jika anda dapat membuatnya sendiri dibandingkan membelinya di kedai-kedai. Apabila ikan tersebut dibuat dengan sendiri oleh anda sudah pasti ia dijamin bersih, sihat dan halal.
Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang
Tetapi bagaimana pula cara nak menghasilkannya? Apa bahan yang diperlukan untuk membuat ikan rebus jadi sedap dan bersih.
HelloDoktor ada jawapan kepada persoalan tersebut. Oleh itu mari kita ikuti perkongsian tentang dua cara mudah bagaimana nak buat ikan rebus yang sedap dan pastinya bersih.
Menu ikan rebus atau ikan rebus goreng merupakan antara hidangan yang amat digemari oleh orang-orang lama. Namun, jika dibeli di pasar raya, ikan yang sudah siap direbus berkemungkinan agak mahal dan lebih berbaloi jika direbus sendiri. Anda hendak tahu cara terbaik membuat menu ini? Baca penerangan di bawah ini.
Ikan rebus, menu orang lama
Terdapat sedikit perbezaan antara ikan yang baru disiang lalu terus digoreng dengan ikan yang direbus terlebih dahulu sebelum digoreng.

Dari segi rasa dan tekstur, ikan yang direbus sebelum digoreng mempunyai rasa yang lebih sedap dan rangup.
Ia mempunyai isi yang lebih berjus selain bahagian luar ikan yang lebih rangup. Walaupun tidak digoreng, ikan yang telah direbus juga enak dimakan begitu sahaja.
Bagi orang-orang tua, mereka biasanya memakan ikan ini dengan mencicahnya bersama budu, tempoyak atau sambal belacan.
Ini kerana ikan yang telah direbus lebih lembut dan berlemak.
Cara membuat ikan rebus sedap
1. Ikan yang direbus dengan asam (cara buat ikan rebus goreng Kelantan)

Teknik rebusan ikan bukan hanya menggunakan air bersih semata-mata, tetapi terdapat juga beberapa bahan tambahan lain ketika merebusnya.
Ikuti langkah-langkah di bawah ini: