Siakap Keli
Ada Aplikasi Sendiri

Wanita Kongsi Kisah Perjalanan Bisnes Hingga Ada Aplikasi Sendiri Dan Miliki Butik Besar

Wanita Kongsi Kisah Perjalanan Bisnes Hingga Ada Aplikasi Sendiri Dan Miliki Butik Besar

KUALA LUMPUR: Bermula dari personal shopper dan memiliki butik sendiri di Wangsa Melawati, pengasas butik dalam talian dan fizikal, Sellection, Nor Rafidah Khairuddin kini naik taraf memperluaskan empayar perniagaannya.

Wanita berjiwa besar itu sejak hujung tahun lalu sudah berpindah lokasi butik fizikalnya dengan tiga kali ganda besar dari yang lama terletak di Wangsa 118, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Perpindahan itu juga menjadi bukti kesungguhannya bergelar usahawan yang diceburi sejak tahun 2014.

Ia sekali gus mengukuhkan tagline ‘Embracing Confidence’ atau meraikan keyakinan dan #impianjadikenyataan dengan merealisasikan impian ramai wanita dan lelaki untuk memiliki barangan berjenama antarabangsa serta kekal bergaya dan berkeyakinan.

“Bagi saya kejayaan memiliki butik baharu yang turut menempatkan gudang dan pejabat ini dianggap sebagai peristiwa penting dalam perjalanan saya mengembangkan empayar serta legasi bisnes. Saya amat berterima kasih kepada pasukan saya dan tak lupa pelanggan setia.

“Dari personal shopper dan memiliki butik kecil sebelum ini juga saya anggap sebagai pencapaian penting dan diharap boleh menjadi inspirasi kepada orang diluar sana. Walaupun bermula dari kecil, sesiapa sahaja boleh berjaya & maju jika mahu. Syukur kini perlahan demi perlahan jenama ini mula dikenali ramai.

“Paling penting, jenama saya ini melebarkan pengaruh bukan dalam masa singkat. Ia sebuah perjalanan panjang yang menuntut kesungguhan, minat, keazaman dan komitmen tinggi diiringi dengan sepenuh jiwa. Cabaran datang tetap dilalui, namun lebih terkawal,” katanya.

Rafidah menambah misinya untuk membolehkan semua golongan wanita dan lelaki tanpa mengira status memiliki barangan berjenama dari Amerika Syarikat seperti Coach, Michael Kors, Kate Spade dan Fossil juga sudah menjadi kenyataan.

“Dulu orang selalu anggap jenama mewah hanya untuk golongan tertentu termasuk Mak Datin. Tapi kini sebaliknya semua golongan termasuk wanita bekerjaya, sektor kerajaan seperti guru, suri rumah dan peniaga indusri kecil dan sederhana (IKS) juga boleh memilikinya.

“Kami meraikan keyakinan semua golongan tanpa prejudis. Tambah pula, dengan pelan ansuran bayaran tiga ke enam kali kami perkenalkan. Lebih banyak peluang dibuka untuk merasai pengalaman bergaya. Hanya bayar deposit, terus dapat barangan diimpikan.

“Melalui siaran lintas langsung di media sosial Facebook Page kami, Branded Handbags by Rafidah, banyak “review”, tips fesyen dan pengayaan kami kongsikan buat pelanggan. Ia bukan sekadar menjual, tetapi berkongsi ilmu dalam pemilihan handbag yang tepat dan ideal.

Wanita kelahiran Ipoh, Perak itu turut berbangga kerana sejak tahun lalu kerana jenamanya sudah memiliki aplikasi mobil sendiri iaitu Sellection.

“Biarpun sedar 80 peratus jualan diraih dalam talian, kami cuba imbanginya dengan butik fizikal. Ada orang nak juga rasa barangan depan mata dan merasai memakai. Nak ‘walk-in’ ke butik amat dialu-alukan.

“Komunikasi dan perkhidmatan hubungan pelanggan menjadi teras dan kunci ‘kekuatan’ kami. Hingga kini di laman sesawang saja kami mendapat sebanyak 4594 ulasan positif, selain di Google Review pula sebanyak 453 ulasan,” katanya.

Aqmal Ezany

I write what is right