Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bayi Perempuan Terjatuh Dalam Perigi Sedalam 13 Meter

Iqbal Yasir
bayi perempuan terjatuh dalam perigi
Gambar: Khaosod English

Bayi Perempuan Terjatuh Dalam Perigi Sedalam 13 Meter

BANGKOK — Seorang bayi perempuan dilaporkan terjatuh ke dalam sebuah perigi berkedalaman 13 meter di wilayah Tak, Thailand berhampiran sempadan Myanmar, maklum pihak berkuasa tempatan hari ini.

Memetik AFP, bayi berusia 19 bulan terbabit terjatuh ke dalam perigi selebar 30 sentimeter pada petang semalam sewaktu bermain.

Pasukan penyelamat terpaksa menggali perigi berkenaan sepanjang malam bagi menjalankan operasi menyelamat.

Ketua Polis Phop Phra, Ratsaran Ketsoising sewaktu memberitahu AFP berkata, operasi itu menggunakan penggali mekanikal untuk mencapai mangsa.

“Kami hampir menemui mangsa dan bayi tersebut disahkan masih hidup,” katanya.

Sementara itu, menerusi satu rakaman video mendedahkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus menggali dasar tanah bersama ambulans yang telah bersiap sedia.

Difahamkan, bayi tersebut merupakan anak pekerja warga asing dari Myanmar.

Terdahulu, seorang budak lelaki berusia 10 tahun turut dilaporkan terjatuh ke dalam sebuah lubang sedalam 35 meter, lapor AFP.

Kejadian itu berlaku di sebuah tapak pembinaan di wilayah selatan Dong Thap, Vietnam pada awal bulan Januari lalu.

BACA JUGA: Budak Lelaki Terperangkap Dalam Lubang Konkrit Disahkan Meninggal Dunia

Susulan kejadian, ratusan anggota penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian. Bagaimanapun, misi tersebut berdepan kesukaran akibat lebar tiang konkrit hanya 25 sentimeter.

Mangsa dilaporkan terjatuh sewaktu mencari besi buruk di sekitar lokasi kejadian.

Menurut media tempatan, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pasukan penyelamat termasuk menggerudi dan melembutkan tanah bagi menarik tiang berkenaan ke atas.

Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh turut meminta pasukan penyelamat khas dalam usaha menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia berikutan kedalaman tiang yang dalam dan mengalami pelbagai kecederaan.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Ketua Wilayah, Doan Tan Buu selepas membuat rundingan bersama doktor pakar.

Dia telah terperangkap dalam tiang yang sangat dalam dengan pelbagai kecederaan yang dialami dan kadar oksigen yang tidak mencukupi untuk tempoh yang lama.

“Kami telah berusaha untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit. Bagaimanapun, dengan keadaannya mustahil untuk bertahan,” katanya kepada wartawan di lokasi kejadian.

Sumber: AFP