Siakap Keli
arab saudi bina resort ski
Kredit: Daily Star

Jadi Tuan Rumah, Arab Saudi Dilapor Bina Resort Ski Di Padang Pasir

Jadi Tuan Rumah, Arab Saudi Dilapor Bina Resort Ski Di Padang Pasir

Arab Saudi dilapor akan membina sebuah pusat sukan musim sejuk terkemuka dengan mempunyai keluasan yang membolehkan pemain ski meluncur berbatu-batu di tengah padang pasir, lapor Daily Star.

Difahamkan, negara tersebut akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Musim Sejuk Asia 2029 dan pembinaan projek itu yang dinamakan Trojena juga telah dimulakan.

Dalam pada itu, tempat peranginan yang unik tersebut juga diharap mampu menjadi destinasi popular setanding dengan tempat ski yang terkenal di dunia.

Trojena akan dibina 48 kilometer (km) di timur pantai laut Merah, yang terletak di kawasan pergunungan Sarawat, di mana suhu di tempat itu mencecah kira-kira 10 darjah celcius lebih rendah dari negara lain.

Kredit: Daily Star

Ia juga menjadi satu cabaran buat jurutera yang ditugaskan untuk mengekalkan suhu salji di atas tanah.

Pada musim sejuk, suhu di Arab saudi telah menurun pada bacaan yang rendah dan menyaksikan kemunculan salji berbeza di seluruh negara tersebut.

Tasik buatan manusia juga akan ditampilkan di antara cerun ski, tetapi masih terdapat kebimbangan dalam kalangan pengkritik mengenai kupayaan menyimpan salji yang cukup di laluan tersebut.

Projek Trojena itu merupakan sebahagian daripada projek NEOM yang akan dibina sepanjang 117 km, di mana ia juga dapat menyaksikan pembinaan bandar pencakar langit bermula dari awal.

Pencakar langit yang dikenali sebagai Mirror Line merupakan sebuah projek bernilai RM1 bilion yang boleh menempatkan sekitar lima juta orang dan juga lebih tinggi daripada Empire State Building serta lebih besar berbanding keluasan negeri Massachusetts.

Kerja-kerja pembinaan telah bermula mengikut cetusan idea Putera Mahkota Saudi Mohammed Salman.

Kredit: Daily Star

Pakar Salji Fraser Wilkin bercakap kepada The Sun, walau bagaimanapun tempat itu hanya akan ada jumlah salji semula jadi yang ‘tidak bermakna’.

Dia mendakwa bahawa walaupun akan mengalami pelbagai cuaca yang berbeza mengikut musim namun, berkemungkinan akan ada keajaiban di penghujung nanti.

“Tidak dinafikan, tenaga dan sumber air yang diperlukan untuk kemudahan ski dan gelanggang ais akan melebihi daripada keperluan biasa.

“Saya akan melihat bagaimana mereka melaksanakannya tetapi saya juga mempunyai kebimbangan yang serius mengenai projek ini akan menjadi mampan,” kata Dr Madeline Orr, pengasas dan pengarah Kumpulan Ekologi Sukan Di Universiti Loughborough.

Sumber: Daily Star

BACA: Padang Pasir Di Arab Saudi Termasuk Mekah Bertukar Hijau

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana