Siakap Keli
kucing dalam runtuhan gempa
Kredit: Twitter

Sayu, Kucing Berjaya Diselamatkan Dalam Runtuhan Gempa

Sayu, Kucing Berjaya Diselamatkan Dalam Runtuhan Gempa

Suasana di Turkiye kini begitu menyayat hati, dalam timbunan runtuhan bangunan, penyelamat juga sedaya upaya cuba menyelamatkan haiwan-haiwan yang turut terperangkap di bawah runtuhan gempa.

Angka kematian insiden gempa bumi di Turkiye dan Syria telah meningkat kepada lebih 4000 kematian.  Pihak penyelamat masih menjalankan operasi menyelamat dan angka tersebut dijangka akan terus meningkat.

Kematian yang berpunca dari bencana gempa bumi dengan kekuatan gegaran 7.8 magnitud yang melanda kedua-dua negara tersebut dijangkakan akan bertambah.

Pasukan yang ditugaskan untuk mencari dan menyelamat sedang bertungkus lumus menempuh sisa-sisa runtuhan, demi menyelamatkan mangsa-mangsa daripada runtuhan tersebut.

Kucing berjaya diselamatkan dalam runtuhan gempa

Tragedi ini disifatkan sangat menyayat hati, malah ia pastinya turut memberi kesan kepada haiwan-haiwan peliharaan. Semalam, satu imej dari kawasan gempa bumi di Turkiye ini berjaya mencuri tumpuan warganet.

Difahamkan, imej tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Abier Khatib yang memaparkan seorang petugas membawa kucing yang diselamatkan dari runtuhan bangunan itu.

Haiwan berbulu putih itu kelihatan ketakutan dan memeluk erat petugas yang menyelamatkannya.

“Baiknya hati petugas selamatkan kucing itu,” kata seorang warganet.

Dalam pada itu, banyak pihak dari seluruh pelosok dunia yang menghulurkan bantuan kepada Turkiye dan Syria bagi membantu negara ini berdepan dengan kesan pasca bencana.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata dalam satu kenyataan,

“Petugas PBB telah berada di Turkiye dan Syria bagi menilai keperluan di sana serta menyediakan bantuan yang mencukupi berikutan bencana gempa bumi yang berlaku semalam,”

“Kami juga berharap kepada komuniti global agar membantu ribuan keluarga yang terjejas daripada bencana ini. Kebanyakan daripada mereka sangat memerlukan bantuan kemanusiaan, terutamanya bagi kawasan yang sukar dicapai,” tambah Guterres.

Presiden AS, Joe Biden telah menzahirkan ucapan takziah bagi sesiapa yang terjejas akibat bencana gempa bumi ini dan menawarkan bantuan kepada Turkiye, jika perlu.

“Saya merasa sedih atas kehilangan nyawa dan kerosakan yang disebabkan oleh bencana gempa bumi di Turkiye dan Syria,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

BACA: Lima Gempa Bumi Dahsyat Pernah Landa Bumi Turkiye

BACA JUGA: Google Lancar AI Baharu Untuk Bersaing Dengan ChatGPT

Sumber: The Hindustan Times

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma